Rayuan Ramadan: Lebih RM700,000 sumbangan terkumpul

“Ini merupakan satu angka yang mengujakan kami mengambil kira keadaan ekonomi negara yang terpukul kuat oleh COVID-19,” kata Ketua Pengurusan Yayasan IKRAM Malaysia (i-Bantu), Prof Madya Hj Ainullotfi Abdul Latif.

 

Jelasnya, kempen ini akan diteruskan dan sumbangan masih diterima sehingga 7 Jun 2020. Tambahnya, nilai ini tidak termasuk sumbangan untuk Tabung Bantuan COVID-19 sebelum ini yang berjumlah RM130,240.59 lagi.

 

“Yayasan Ikram Malaysia juga bernasib baik tahun ini kerana menerima sumbangan daripada beberapa pihak yang meyakini ketelusan dan kemantapan tadbir urus kita, untuk disalurkan kepada golongan yang daif dan memerlukan,”ujar Ainullotfi.

 

Beberapa pihak tersebut antaranya pihak Kedutaan Amerika Syarikat melalui program USAID yang menyumbang sebanyak 600 pek makanan bernilai RM174,360 sebagai bantuan COVID-19 dan Republik Rakyat China yang menyumbang 20,000 keping topeng muka serta 4,000 kampit beras 5 kilogram yang dianggarkan bernilai RM82,000.

 

Selain itu, program Ikhlas AirAsia telah membiayai bantuan Ramadan bernilai RM47,075 bagi pek makanan untuk 892 keluarga dan tajaan iftar untuk 450 orang dan pihaknya juga menerima bantuan daripada Sime Darby Plantations sebanyak 314 kampit beras 5 kilogram dan 850 paket minyak masak yang dianggarkan bernilai RM6,207.

 

“Ini memberikan anggaran jumlah sumbangan barangan sebanyak RM309,642.”

 

Menurutnya, pada bulan Ramadan sahaja, pihaknya telah mengagihkan sebanyak RM228,637 untuk membantu golongan memerlukan dan yang terkesan akibat PKP.

 

Jenis-jenis bantuan merangkumi tajaan iftar untuk 39,072 orang (RM117,015), sahur untuk 11,740 orang (RM23,480), pek makanan untuk 1,515 keluarga (RM68,178), bantuan keperluan seorang OKU (RM1,200), bantuan bencana kebakaran untuk 20 keluarga (RM3,000) serta 212 naskhah al-Quran dan 400 kilogram kurma untuk Penjara Kajang dan Penjara Wanita Kajang (RM15,764).

 

Sebelum bulan Ramadan, tambah Ainullotfi, sebanyak RM149,072 telah diagihkan di bawah program Bantuan COVID-19 kepada golongan yang terkesan teruk terutamanya yang terjejas pendapatan di seluruh negara, tidak termasuk bantuan pihak ketiga yang disalurkan pihak Yayasan.

 

“Berbanyak terima kasih kepada semua penyumbang yang telah memberikan kepercayaan kepada Yayasan Ikram Malaysia untuk menyalurkan bantuan tersebut kepada yang sepatutnya menerimanya.”

 

Laporan agihan bantuan dan pembiayaan akan dikemas kini secara berterusan menerusi laman web http://yayasan.ikram.org.my/ dan laman Facebook https://fb.com/YayasanIkramMalaysia/.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia