Rayuan Ramadan 1444 H Perkenal Tiga Tabung Khas

SERI KEMBANGAN – Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba tahun ini, Yayasan Ikram Malaysia memperkenalkan tiga tabung khas dalam kempen Rayuan Ramadan 1444 H.

Tabung tersebut ialah Tabung Tajaan Iftar & Sahur (Pakej A), Tabung Tajaan Pek Ramadan Asas (Pakej B) dan Tabung Sedekah (Pakej C), yang akan disalurkan kepada individu dan keluarga yang memerlukan. 

“Sumbangan akan dilakukan sepanjang bulan Ramadan oleh sukarelawan kami di seluruh negara,” menurut laman Yayasan Ikram Malaysia dalam satu hantarannya.

Tambahnya, bagi Pakej A bernilai RM39 dalam bentuk juadah berbuka puasa dan sahur, sumbangan boleh disalurkan di pautan https://www.billplz.com/Tiftarsahur

Sumbangan Pakej B pula bernilai RM50 bagi setengah pek bantuan keperluan makanan asas, boleh disalurkan melalui pautan https://www.billplz.com/pekramadhan.

Di samping itu, sumbangan Pakej C boleh disalurkan seikhlas hati di pautan https://www.billplz.com/tsedekah

Selain bayaran sumbangan secara dalam talian, penyumbang budiman juga boleh menyalurkan derma melalui akaun Yayasan Ikram Malaysia (Maybank 562142404402) dengan rujukan ‘Infaq Ramadan’.

Pada tahun lalu, program Rayuan Ramadan telah berjaya mengumpulkan sumbangan orang ramai berjumlah RM534,021.85 dengan agihan pelbagai bentuk bantuan untuk masyarakat yang memerlukan.

Info lanjut kempen dan yayasan ini boleh dilayari di laman Facebook rasmi Yayasan Ikram Malaysia.

Daripada Muadz bin Jabal r.a. Bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR Tirmidzi, No. 2616, Hadis Hasan)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia