SERI KEMBANGAN – Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba tahun ini, Yayasan Ikram Malaysia memperkenalkan tiga tabung khas dalam kempen Rayuan Ramadan 1444 H.
Tabung tersebut ialah Tabung Tajaan Iftar & Sahur (Pakej A), Tabung Tajaan Pek Ramadan Asas (Pakej B) dan Tabung Sedekah (Pakej C), yang akan disalurkan kepada individu dan keluarga yang memerlukan.
“Sumbangan akan dilakukan sepanjang bulan Ramadan oleh sukarelawan kami di seluruh negara,” menurut laman Yayasan Ikram Malaysia dalam satu hantarannya.
Tambahnya, bagi Pakej A bernilai RM39 dalam bentuk juadah berbuka puasa dan sahur, sumbangan boleh disalurkan di pautan https://www.billplz.com/Tiftarsahur.
Sumbangan Pakej B pula bernilai RM50 bagi setengah pek bantuan keperluan makanan asas, boleh disalurkan melalui pautan https://www.billplz.com/pekramadhan.
Di samping itu, sumbangan Pakej C boleh disalurkan seikhlas hati di pautan https://www.billplz.com/tsedekah.
Selain bayaran sumbangan secara dalam talian, penyumbang budiman juga boleh menyalurkan derma melalui akaun Yayasan Ikram Malaysia (Maybank 562142404402) dengan rujukan ‘Infaq Ramadan’.
Pada tahun lalu, program Rayuan Ramadan telah berjaya mengumpulkan sumbangan orang ramai berjumlah RM534,021.85 dengan agihan pelbagai bentuk bantuan untuk masyarakat yang memerlukan.
Info lanjut kempen dan yayasan ini boleh dilayari di laman Facebook rasmi Yayasan Ikram Malaysia.
Daripada Muadz bin Jabal r.a. Bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR Tirmidzi, No. 2616, Hadis Hasan)