Rasuah musnahkan negara, rosakkan generasi

Justeru, Siri Bicara Bina Negara (BBN) anjuran Jabatan Kajian dan Advokasi, Pertubuhan IKRAM Malaysia pada hari ini membicarakan tentang ‘Rasuah Pemusnah Negara’ yang berlangsung secara maya.

 

Menampilkan panel yang berkompetensi iaitu Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) KPKPj Nurahim Abd Rahim, Presiden Transparency International-Malaysia (TI-Malaysia) Dr. Muhammad Mohan dan Pensyarah Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr Harlina Halizah Hj Siraj.

 

“Kita sedar bahawa isu rasuah ini boleh memusnahkan negara. Rasuah ini ibarat gunting dalam lipatan, api dalam sekam. Kita mungkin tak nampak kesannya hari ini, tetapi ia boleh merosakkan masa depan generasi akan datang,” kata Dr Harlina yang juga Ahli Dewan Perwakilan Nasional (DPN) IKRAM.

 

Beliau turut mengingatkan kepada para ibu bapa, tolonglah jika ada peluang, bincanglah dengan anak-anak, jika mereka menipu, katakan zero toleransi dalam keluarga.

 

“Para ibu, itulah tanggungjawab kita.”

 

Begitu juga apabila suami balik ke rumah, bawa lebih daripada apa yang sepatutnya dibawa, tanyalah dari mana dapat benda tersebut.

 

“Sebab kita tak sanggup anak-anak kita disuap makanan daripada sumber yang tidak halal. Tapi kalau kita sendiri tidak letak standard itu, kerana kita adalah guardian of integrity in the family,” tegasnya.

 

Menurut KPKPj Nurahim, banyak bukti-bukti yang berlaku dalam lipatan sejarah contohnya, bagaimana kerajaan Turki Uthmaniyyah telah memerintah selama 600 tahun, pada akhirnya ranap, lingkup dan musnah, disebabkan perbuatan rasuah itu sendiri.

 

“Kalau kita tangani rasuah ini, dengan kaedah yang tidak cekap dan berkesan, maka banyak perkara negatif yang akan melanda dan berlaku terhadap negara dan masyarakat.”

 

Tegasnya lagi, rasuah adalah satu jenayah. Kalau ia sudah masuk ke dalam sistem pentadbiran sesebuah negara dan menjadi budaya, dari segi pelaksanaan tugas dan sebagainya, maka negara akan menjadi lemah.

 

“Rasuah akan menyebabkan keberkesanan dan kecekapan jentera kerajaan itu sendiri akan berlakunya ketirisan dana, bajet yang dibelanjakan oleh kerajaan untuk membantu rakyat di luar sana dan akan menyebabkan undang-undang, penguatkuasaan menjadi lemah, ketidakadilan akan berlaku dalam sistem pentadbiran dan sistem keadilan negara itu sendiri.”

 

Dr Muhammad Mohan pula berkata, situasi di negara ini seakan sesuatu yang tidak ada cahaya di hujung jalan.

 

“Saya rasa kita perlu balik semula kepada nilai-nilai dalam keluarga kita. Ia perlu dipupuk dari rumah.”

 

Beliau turut mengimbau kembali kisah ketika masih kecil iaitu sewaktu berumur enam tahun.

 

“Mak saya jumpa duit syiling 20 sen dalam poket seluar saya. Mak bertanya kepada saya, “Macam mana kamu boleh ada 20 sen tu? Pagi tadi saya bagi kamu dua keping duit 5 sen. Bagaimana kamu boleh ada 20 sen pula?”

 

Maka akhirnya, beliau mengaku jumpa 20 sen di kantin.

 

“Mak saya terus bagi rotan dan pukul saya. Sampai sekarang saya ingat dan saya berterima kasih kepada mak yang mengajar saya ketika saya enam tahun,” jelasnya.

 

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan rakyat Malaysia agar bangkit dan jangan harap kepada ahli politik.

 

“Perkara begini kita perlu bangkit dan berani terutama penjawat awam, kita kena berani memberi maklumat dan SPRM ada undang-undang untuk melindungi sesiapa yang memberi maklumat.”

 

Bicara Bina Negara kali ini adalah salah satu daripada program IKRAM sempena Bulan Kempen Antirasuah pada bulan Mac 2021, sebagai sokongan kepada usaha Sinar Harian yang telah melancarkan gerakan Rasuah Busters.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia