Ramadan: MySaveFood Selamatkan Lebih 60 Tan Makanan

Ramadan: MySaveFood Selamatkan Lebih 60 Tan Makanan | IKRAM

SEREMBAN – Lebih 60,000 kilogram makanan dan minuman dengan anggaran nilai RM700,000 berjaya diselamatkan di 147 bazar Ramadan seluruh negara menerusi program MySaveFood pada Ramadan lepas membabitkan 2,000 sukarelawan.

Dalam pada itu, program ini juga berjaya mengurangkan lebih 100,000 kilogram pelepasan gas rumah hijau.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Senator Hjh Fuziah Salleh berkata, kempen yang digerakkan kementerian dengan rakan strategik iaitu Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia (GEMA) dan Gerakan Pengguna Siswa (GPS) daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) itu turut bertujuan membentuk keperibadian baik dalam kalangan anak muda.

“Program itu juga mendapat kerjasama setiap pihak berkuasa tempatan dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp). Kita berhasrat program ini dapat diteruskan ke pasar malam pula selepas ini,” kata beliau.

Beliau mengucapkan tahniah kepada GEMA atas inisiatif dan kerjasama dalam program MySaveFood dan berharap pencapaian ini dapat ditingkatkan lagi pada masa hadapan.

Tambah beliau yang merasmikan Perhimpunan Perwakilan Nasional (PPN) GEMA 2024 pada Sabtu di sini, semangat dan idealisme anak muda memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk masa depan yang lebih baik dan mereka dianggap sebagai harapan negara.

Dalam majlis itu, Pertubuhan IKRAM Malaysia turut menerima sijil penghargaan atas kerjasama dalam menjayakan program MySaveFood.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia