Ramadan dan Perubahan

Bismillahi ar-Rahman ar-Rahim

Segala puji bagi Allah SWT Pencipta Semesta Alam, selawat dan salam kepada Rasulullah SAW, kaum keluarga baginda, para sahabat baginda dan pengikut baginda sehingga ke Hari Kiamat.

Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kehadrat Illahi atas peluang dapat menemui Ramadan pada tahun 1439 Hijrah yang penuh barakah.

Di kesempatan ini, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) ingin mengucapkan tahniah kepada semua umat Islam yang diberi umur dan rezeki oleh Allah SWT, berpeluang untuk mendapatkan kebaikan-kebaikan yang dijanjikan Allah sepanjang bulan ini sehinggalah memacu perubahan kita kepada darjat takwa kepada Allah SWT.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang beriman sebelum kamu, agar kamu bertakwa.” [al-Baqarah: 183]

Tuntutan perubahan ini bukan sahaja digalas pada diri individu sahaja, malah ia menjadi amal dakwah kita untuk membawa perubahan kepada ahli keluarga kita, rakan-rakan kita, kejiranan kita, masyarakat kita dan seterusnya negara kita yang tercinta.

Perubahan itu bermula daripada perubahan diri sendiri dengan peluang untuk membersihkan diri dari dosa-dosa silam dalam bulan Ramadan kali ini. Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadan dengan keimanan (kepada Allah) dan mengharap pahala, akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu”. [HR Bukhari dan Muslim]

Betapa besarnya peluang yang Allah SWT berikan kepada kita dalam bulan Ramadan ini yang terdapat Malam al-Qadr untuk umat ini, iaitu satu malam yang menyamai pahala beribadat lebih seribu bulan.

Peluang yang hadir ini seharusnya kita bersungguh-sungguh untuk melakukannya sebanyak-banyaknya ibadah dan doa, agar perubahan yang kita dambakan dapat direalisasikan dengan segala pengharapan.

Sempena bulan Ramadan, bulan yang membawa kemenangan ini, IKRAM ingin mengajak umat Islam semuanya kepada beberapa hal berikut:

1. Menyeru semua kaum Muslimin dan Muslimat menumpukan pada ibadah sebanyaknya dan melupakan sengketa supaya kita bersungguh-sungguh untuk memperoleh takwa yang menjadi maksud ibadah puasa ini difardukan.

2. Mengajak seluruh umat Islam agar menggandakan amalan kebaikan, ketaatan dan menghulurkan bantuan kebajikan dan doa, kepada golongan fakir miskin dan kepada mereka yang memerlukan sama ada di dalam negara mahupun di luar negara khususnya di negara-negara yang sedang bergolak seperti Syria, Gaza dan Rohingya.

3. IKRAM juga mengajak semua wakil rakyat yang telah dipilih rakyat serta ketua di peringkat masing-masing agar bertakwa kepada Allah SWT, menilai dan meneliti segala amanah yang diberikan dengan jujur dan ikhlas kerana amanah tersebut akan dipersoalkan oleh Allah SWT apakah ia telah dilaksanakan sebaiknya atau ia dikhianati.

Semoga bulan Ramadan tahun ini akan membebaskan diri kita semua daripada segala jenis dosa, belenggu kehidupan, membebaskan ummah seluruh dunia daripada semua rintangan yang menghalangnya mencapai kemajuan, kemuliaan dan kemenangan dalam sejarah kehidupannya pada masa kini dan masa hadapan.

Allahu Akbar Wa Lillahil Hamd!

Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia