Raih takwa dengan norma baharu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

Kami daripada keluarga warga kakitangan Ibu Pejabat Pertubuhan IKRAM Malaysia mengucapkan:

تقبل الله منا ومنكم من العائدين والفائزين

“Semoga Allah menerima (ibadah Ramadan) daripada kami dan daripada kamu, (semoga kita) dalam golongan yang kembali (fitrah) dan beruntung”

buat semua ahli dan tampuk kepimpinan Pertubuhan IKRAM Malaysia, jiran-jiran kami di sekitar ibu pejabat, keluarga, rakan taulan, pihak yang telah berurusan dengan kami serta semua insan yang telah berjaya melalui Ramadan 1441H walau di mana anda berada.

 

Keberadaan Ramadan yang telah berlalu dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah keunikan yang tidak patut mengurangkan keberkatan dan semangat bulan yang mulia ini.

 

Sudah dibuktikan oleh generasi yang terdahulu bahawa Ramadan adalah mercu tanda kegemilangan, usaha yang gigih, tanggungjawab manusiawi serta pulang kepada fitrah menghampirkan diri pada-Nya dengan takwa.

 

Kita juga ada kemampuan menempa sejarah membina norma-norma baharu yang ‘baik-baik’ untuk semua generasi mendatang. Maka, teruskanlah segala pecutan dan perlumbaan untuk kebaikan dan islah walaupun Ramadan telah berlalu.

 

Sempena Syawal ini, marilah kita bersama zahirkan takbir, tahmid, tasbih sambil menadah tangan tanda syukur atas peluang yang telah diberikan dan ruang yang masih sentiasa terbuka. Hidup adalah perjuangan dan tidak kurang daripada itu.

 

Diam-diam di rumah sahaja
Kerja pejabat masih teruskan
Ampun maaf kini dipinta
Jika terguris atas kesilapan

 

Penjarakan sosial terma baharu
Gerak ke mana ke sini ke situ
Berpisah kita jangan terharu
Ukhuwah dan doa insya-Allah padu

 

Selamat Hari Raya Aidilfitri al-Mubarak 1441H

 

Shahrul Aman Mohd Saari
Ketua Pegawai Operasi
Ibu Pejabat
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia