Rahsia pelajar terbaik SPM: Pendidikan holistik, tarbiah dan doa ibu bapa

Ibu bapa Afdhal turut mengiringinya ke sekolah untuk menerima keputusan SPM 2015 oleh Pengetuanya, Bat Kamaruzzaman Abdul Kadir pada Khamis lalu. 

Di samping faktor sistem pendidikan IKRAM MUSLEH yang mementingkan pendidikan holistik meliputi aspek akademik dan agama, peranan tarbiah (didikan) ibu bapa di rumah tidak kurang pentingnya dalam membimbing anak-anak menjadi berjaya.

“Mak bukan nak anak-anak mak pandai sangat, tapi mak nak anak yang gembira,” jelas Aishah Mohd Amin, kakak sulung Afdhal tentang kata-kata ibunya bila ditanya tentang rahsia kecemerlangan keluarganya dalam facebooknya.

Tambahnya, Afdhal merupakan adik bongsu daripada 11 orang adik-beradik dan antara mereka ini memang ada yang bagus, ada yang sederhana dalam akademik.

“Yang kelakarnya kami seorang pun tak pernah dapat nombor satu dalam kelas. Tapi, Alhamdulillah kami semua dapat rezeki ke universiti dan memegang ijazah,” katanya lagi.

“Nak kata kami ni gila study, tidak juga. Mak abah tak pernah pula pressure kami gila-gila kena score. Kami ni seorang pun tak pernah dihantar tuisyen walaupun selalu pemalas belajar, dan markah tak berapa elok di sekolah,” sambungnya.

Dalam aspek agama pula kata Aishah, Afdhal dan abangnya, Siddiq juga merupakan penghafaz al-Quran, di mana Siddiq juga pemegang keputusan 11A dalam SPM.

“Kesemua kami dihantar ke Sekolah Islam Hira’ 100% daripada sekolah rendah sehingga tamat SPM.

“30 tahun lamanya mak dan abah bersusah payah supaya kami dapat mendapat pendidikan di sana. Maka ‘roh’ sekolah ini memang menyerap dalam keluarga kami,” jelasnya lagi.

Menurutnya, ramai yang bertanya, apa rahsia ibunya sehingga setiap kali keputusan peperiksaan anak-anak keluar, ia tidak pernah mengecewakan.

“Mak saya ni ada ijazah tetapi memilih untuk stay at home jaga sendiri kami 11 beradik. Itu plus point juga sebab kami pulang memang mak ada di rumah. Kami juga tak ada pembantu rumah.

“Mak boleh buat semua ni juga sebab abah yang bekerja keras memberi ruang dan keselesaan untuk mak lebih masa di rumah mendidik kami bersebelas. Abah juga rajin belikan buku-buku latihan untuk adik-adik sebagai tambahan dari yang ada di sekolah,” ujar beliau.

Berikut adalah beberapa tip dan rahsia kecemerlangan mereka hasil didikan ibu bapa mereka yang dikongsikan oleh Aishah:

1. Ibu tidak pernah tengok kerja sekolah

  • Ibu ingatkan sikit-sikit saja tentang kerja sekolah, tidak tengok kerja rumah satu persatu.
  • Ditanya sebab tidak tengok: “Apa yang penting I will be there when you have questions, not beside you throughout your homework“.
  • Bila ditanya soalan yang tidak faham, ibu akan terus tinggalkan kerja di dapur untuk tolong kerja sekolah.

2. Kalau asyik suruh study, anak akan stress

  • Ibu tidak pernah suruh suruh atau paksa-paksa, tetapi “atur” anak secara halus.
  • Ibu aturkan waktu main dan belajar secara seimbang. TV boleh tengok tapi tengok dengan semua orang, bukan tengok seorang.
  • TV disimpan pada waktu peperiksaan.

3. Ibu tidak pernah tangankan anak

  • Ibu tidak pernah cubit, pukul atau tampar bila anak lakukan kesalahan, tapi anak sendiri tahu mereka akan didenda.
  • Denda ada beberapa pilihan; pembaris panjang, hanger (penyangkut baju), atau rotan bulu ayam.
  • Juga diberi pilihan sama ada denda pembaris panjang atau pendek, atau hanger warna apa.

4. Ibu tidak pernah kritik atau puji anak depan orang

  • Ibu tidak pernah kritik anak depan orang lain.
  • Ibu tidak akan cerita kejayaan atau kehebatan anak pada orang lain.
  • Kalau orang lain bercerita, ibu akan senyum sahaja, “Ala, budak-budak sekarang… macam tu la.”

5. Makanan seimbang

  • Tidak pernah makan di restoran makanan segera hingga habis sekolah, kecuali pada hari istimewa seperti hari jadi.
  • Di restoran, ayah suruh order ‘sky juice‘, tidak boleh air yang ada warna.
  • Ibu memang memasak setiap hari dan wajib ada protein, sayur dan nasi.
  • Ayah rajin beli dan potong buah.
  • Jarang makan snek-snek ringan. Perkataan ‘jajan’ tiada dalam kamus adik-beradik.

6. Lintasan hati ibu akan jadi doa

  • Tip paling penting.
  • Fikir yang baik-baik sahaja untuk anak kerana ia akan terus jadi doa.
  • Bila ibu bapa sebut perkataan negatif pada anak, ia melatih minda supaya berdoa perkara yang tidak baik untuk anak-anak, begitu juga bila asyik risau perkara bukan-bukan tentang anak.

Sumber: FB Aishah Amin | FB SMI Hira’

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia