Rahmat di sebalik banjir

Misi bantuan banjir ‘i-Bantu Kembali’ di Maran, Pahang oleh i-Bantu Wilayah Persekutuan, i-Bantu Selangor dan juga IKRAM Siswa ini berjaya mengumpulkan lebih 170 sukarelawan di mana Hj Jalani Ludin bertindak sebagai Koordinator.

Berlangsung pada Sabtu, 4 Februari lalu, fokus misi ini adalah untuk membantu membersihkan beberapa buah bangunan awam di sekitar Chenor iaitu Sekolah Kebangsaan Kertau, Sekolah Kebangsaan Chenor, dewan orang ramai, surau dan sebuah rumah berhampiran dengan sekolah.

   

Kerja-kerja pembersihan

Sasarannya agar bangunan awam seperti sekolah ini boleh diguna pakai semula selepas pembersihan untuk pembelajaran murid-murid pada minggu seterusnya.

Turut hadir sama membersihkan bangunan awam ini adalah pihak Bomba, Polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Alam Flora, Malaysian Relief Agency (MRA) dan beberapa NGO lain.

Program ini juga mendapat sokongan penuh daripada pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG), Jawatankuasa Kampung, murid-murid sekolah juga penduduk tempatan.

“Saya begitu terharu dengan sokongan yang diberikan oleh semua pihak kepada kami. Di sebalik ujian yang diberikan oleh Allah, ada rahmat yang menanti buat kami.

   

Agihan sumbangan makanan

“Ribuan terima kasih kepada semua yang datang. Semoga segala kebaikan dibalas oleh Allah SWT,” ucap Pn Norhashimah Osman, Guru Besar SK Kertau yang telah ditenggelami banjir dengan kedalaman lebih empat kaki.

Menurut beliau lagi, pihak Istana Pahang juga akan turut hadir sama pada keesokannya ke sekolah bagi membantu membersihkan sekitar kawasan sekolah.

Sebanyak 100 pek makanan yang mengandungi beras, minyak, bihun, gula, susu pekat dan beberapa lagi keperluan makanan asas turut diagihkan kepada kesemua mangsa banjir di sekitar Chenor.

Pada hari sebelumnya, Persatuan Bantuan Bencana NGO Malaysia (BBNGO) telah mengagihkan 300 pek makanan untuk mangsa banjir di sekitar Kuala Lipis. Pek makanan ini terdiri daripada beras, roti, tepung, biskut dan lain-lain lagi keperluan makanan asas.

Seramai lebih 10 orang sukarelawan telah turut hadir bersama di misi bantuan ini bersama lima buah pacuan empat roda dari Kelantan, yang terdiri daripada wakil i-Bantu Kelantan, Sukarelawan MESRA dan beberapa wakil gabungan BBNGO.

Lagi info: i-Bantu | TV.IKRAM

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia