Radio Amatur tarik perhatian peserta PENARA 2010

penara5Program yang dianjurkan oleh Kadet Remaja Sekolah rangkaian sekolah MUSLEH ini bertujuan melahirkan pelajar-pelajar yang sempurna dari sudut pemikiran, rohani mahupun jasmaninya. Ia berlangsung dari 27 hingga 30 Disember 2010 dan dihadiri oleh sebahagian besarnya pelajar tingkatan lima yang baru selesai menduduki ujian Sijil Pelajaran Malaysia.

Radio Amatur sangat menarik perhatian peserta kerana aplikasinya yang menggunakan gelombang pendek (short wave) sering digunakan pada saat-saat kecemasan dan untuk membantu mangsa bencana alam.

PENARA 2010 telah dirasmikan oleh Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Haji Mohamad Yaakub Idris.

penara3Dalam ucapannya, Mohamad Yaakub (gambar kanan) berkata IKRAM sentiasa menyokong program MUSLEH kerana sebagai sebuah institusi pendidikan Islam, usaha-usaha yang dijalankan MUSLEH untuk membentuk peribadi pelajar yang soleh lagi musleh memang selari dengan aspirasi IKRAM.

Beliau memetik sebuah kenyataan rasmi IKRAM yang menyatakan bahawa “IKRAM adalah sebuah pertubuhan dakwah Islam yang menjalankan tugas-tugas tarbiah dan kebajikan, berusaha untuk meninggikan taraf sosioekonomi umat Islam dan memperjuangkan penghayatan syariat Islam di Malaysia secara praktikal. IKRAM berhasrat membanteras kejahilan, menggembleng jiwa insan berasaskan akhlak dan keadilan serta bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak demi perpaduan dan kesejahteraan masyarakat.”

penara4“Objektif PENARA 2010 yang menekankan tiga perkara iaitu tarbiah, dakwah dan kebajikan ini amat bertepatan dengan falsafah pendidikan Islam yang turut diperjuangkan IKRAM,” ujarnya.

Antara objektif PENARA 2010 ialah merapatkan ukhuwah antara peserta dari pelbagai negeri, mendedahkan peserta dengan penggunaan Radio Amatur, memberi peluang kepada peserta untuk menyertai pertandingan kemahiran, acara kebudayaan dan IT (iman dan takwa) serta melibatkan diri dalam kerja-kerja khidmat masyarakat.

Mohamad Yaakub berharap MUSLEH dan IKRAM akan terus menjalin kerjasama jangka panjang dalam usaha melahirkan warganegara yang sihat, prihatin dan dalam masa yang sama rapat dengan Allah.

 

penara2

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia