QKU tawar 6 pakej korban di 12 negara

“Sembelihan korban akan disejukbekukan atau dimasak dan seterusnya ditinkan. Proses ini dibuat di Australia dan New Zealand. Setelah itu baru ia dihantar ke kawasan yang bergolak. 

“Dengan cara ini, kadar penyertaan adalah lebih rendah dan manfaatnya boleh dinikmati lebih lama oleh penerima sumbangan,” kata Abdul Hafidz Hashim, Pengurus QKU dalam sidang media semalam di sini.

Dengan sasaran kutipan sebanyak RM1.3 juta, negara-negara yang mendapat manfaat dalam QKU 2016 ialah Filipina, Iraq, Kemboja, Lubnan, Malaysia, Myanmar, Palestin, Sri Lanka, Sudan, Syria, Vietnam dan Yaman.

Enam pakej korban yang ditawarkan adalah seperti berikut:

1. Pakej A – Korban Lembu: RM1,200 satu bahagian (Palestin, Syria, Iraq, Lubnan, Yaman, Sudan)

2. Pakej B – Korban Lembu: RM480 satu bahagian (Pelbagai lokasi)

3. Pakej W – Korban Kambing: RM590 seekor (Pelbagai lokasi)

4. Pakej X – Korban Kambing di Syria: RM1,100 seekor

5. Pakej Y – Korban Kambing dibekukan: RM420 seekor (Syria, Iraq & Lubnan)

6. Pakej Z – Korban Kambing ditinkan: RM480 seekor (Palestin & Syria)

Menurut Abdul Hafidz, harga makanan dan haiwan hidup melambung tinggi di kawasan konflik seperti Gaza di mana harga seekor lembu mencecah lebih RM12,000.

“Oleh itu, QKU mengamalkan konsep ‘cross-subsidy’, di mana lebihan dari kawasan yang lebih murah akan menampung harga lembu di kawasan yang mahal.

“Ini agar mereka semua boleh sama-sama menerima sumbangan yang sangat diperlukan ini, dan peserta korban pula tidak perlu membayar harga yang terlalu mahal,” jelasnya.

Menyambut Aidiladha buat kali pertama di Malaysia, tambah beliau, QKU 2016 yang kini di bawah kendalian Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) akan turut bersama-sama 17 migran Syria melaksanakan ibadah korban yang disumbangkan oleh rakyat negara ini.

Selain itu, QKU akan melaksanakan satu projek khas iaitu pembinaan sebuah madrasah di Vietnam, Madrasah Darussalam yang menjadi satu-satunya institusi yang dibenarkan oleh kerajaaan Vietnam untuk mengajar pelajaran fardu ‘ain di sana.

“Dengan ini, kami juga sangat mengalu-alukan sebarang sumbangan bagi membantu usaha pendidikan untuk umat Islam Vietnam,” katanya. 

Abdul Hafidz turut mengajak seluruh masyarakat Islam untuk bersama-sama membudayakan ibadah korban dalam kehidupan dan bersama-sama memperluaskan kebaikannya dengan menghulurkan bantuan kepada umat Islam yang sering ternanti-nanti berita gembira setiap kali datangnya Aidiladha.

Untuk maklumat lanjut dan terkini, sila kunjungi laman web www.ramadhan-qurban.org atau hubungi 019-2276760. Penyertaan korban dan aqiqah juga boleh dibuat secara online, whatsapp dan telegram. Bayaran pula boleh dibuat ke akaun Humanitarian Care Malaysia Berhad di Maybank (No.Akaun : 5642 5856 0698) atau Bank Islam (1209 2010 0349 04).

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia