Putuskan rangkaian dadah, apa jalan penyelesaian?

KENYATAAN MEDIA
PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)
26 JUN 2021 / 15 ZULKAEDAH 1442H 

PUTUSKAN RANGKAIAN DADAH, APA JALAN PENYELESAIAN?


Hari Anti Dadah Antarabangsa disambut setiap tahun pada 26 Jun. Masalah pengedaran dan penyalahgunaan dadah masih belum menemui jalan terbaik dalam mengatasi kemelut ini.

 

Bermula dari pengeluar, penyeludup, pengedar dan akhirnya ke penagih dadah, rantaian dadah ini harus diputuskan bagi menghapuskan musuh nombor satu Malaysia. Lebih 30 tahun berlalu, sepertinya masih tiada lagi tanda yang menunjukkan masalah ini akan selesai.

 

Sehubungan itu, Pertubuhan IKRAM Malaysia berpandangan serius bahawa untuk menangani isu dadah ini tidaklah seharusnya mengharapkan pada pihak berkuasa dan agensi kerajaan sahaja.

 

Sebaliknya penglibatan yang seramai mungkin, terutamanya daripada pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta juga amatlah penting. Di samping itu juga, peranan keluarga yang utuh amat berkesan bagi membendung gejala dadah ini di peringkat mikronya, terutamanya dalam mencegah langkah pertama ke arah penyalah­gunaan dadah.

 

Nisbah 1 orang penagih bagi setiap 254 orang penduduk di Malaysia, adalah satu kenyataan yang amat membimbangkan. Fakta ini dilaporkan oleh laman sesawang rasmi Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), di mana pada tahun 2020 sahaja terdapat seramai 128,325 penyalah guna dadah di negara kita.

 

Apa yang lebih membimbangkan adalah daripada jumlah keseluruhan itu, data penglibatan remaja yang masih muda berumur 13 hingga 18 tahun adalah seramai 2,556 orang. Manakala golongan belia (18-39 tahun), tunggak penting dalam pembangunan negara, mencatat kategori yang terbesar iaitu seramai 83,401 orang.

 

Pada tahun 2019, dadah yang bernilai RM2.7 bilion iaitu sebanyak 20 tan dan 9,047 liter telah berjaya dirampas oleh pihak berkuasa (menurut laporan statistik daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) PDRM. Statistik menunjukkan terdapat peningkatan berbanding pada tahun 2018 sebesar 8.9 tan dan 37,298 liter dadah yang bernilai RM394.23 juta.

 

Oleh itu, sempena dengan tema Hari Anti Dadah Antarabangsa tahunan pada 26 Jun ini iaitu ‘Sebarkan Fakta Dadah, Selamatkan Nyawa,’ Pertubuhan IKRAM Malaysia ingin menyeru rakyat Malaysia agar sama-sama berusaha dan berganding bahu untuk memerangi musuh ini agar impian Dadah Terkawal 2025 akan menjadi realiti.

 

Islam merupakan agama yang menekankan kesucian jiwa dalam kehidupan manusia yang bertamadun. Masalah penyalahgunaan dadah dilihat sangat serius sejak kebelakangan ini di seluruh dunia. Islam menqiaskan dadah kepada arak iaitu perkara yang memabukkan, menghilangkan kewarasan akal dan pertimbangan diri.

 

Oleh itu, Maqasid Syariah menyamakan penglibatan individu dalam penyalahgunaan dadah sebagai pencabulan kepada agama, akal, diri dan harta hingga menyebabkan berlaku perlakuan yang diharamkan oleh agama.

 

Bersempena dengan Hari Anti Dadah Antarabangsa ini juga, Pertubuhan IKRAM Malaysia menganjurkan forum bertajuk ‘Putuskan Rantaian Dadah, Apa Jalan Penyelesaian?’ dalam siri Bicara Bina Negara (BBN) IKRAM pada pagi 26 Jun ini bagi mengajak masyarakat bersama merenung kembali isu gejala dadah ini.

 

Ahli-ahli panel terdiri daripada Profesor Datuk Dr Mohamed Hatta Shaharom dari Yayasan Ikram Malaysia, Dato’ Seri Ayub Yaakob dari Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia dan Dr Naziran Sadiron dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), dengan saudara Mohd Hafiz Abdul Hamid sebagai moderator.

 

Semua anggota masyarakat dijemput untuk bersama mendengar forum tersebut di laman Facebook Pertubuhan IKRAM Malaysia dan saluran YouTube TV IKRAM.

 

Prof Madya Ainullotfi Abdul Latif
Ketua Pasukan Petugas Agenda Nasional Masyarakat Progresif
Merangkap Ahli Jawatankuasa Pusat
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia