Pusat zakat, NGO diseru bantu ringankan beban rakyat

“Pada hari Jumaat nanti saya akan umumkan satu pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat yang lebih menyeluruh,” kata Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas semalam.

 

Menurutnya, pegawai-pegawai di Kementerian Kewangan sedang bekerja bertungkus lumus menyediakan satu pakej rangsangan ekonomi yang akan memberikan manfaat kepada semua.

 

“Samada anda pemandu teksi, pemandu grab, petani, pengusaha restoran, penjual nasi lemak, penjual goreng pisang, penjual burger, pekerja harian, kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk pastikan anda semua beroleh manfaat. Insya-Allah, no one will be left behind.

 

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berharap pusat-pusat pungutan zakat di setiap negeri turut memainkan peranan secara lebih proaktif untuk membantu para asnaf yang sedang menghadapi keadaan hidup yang agak lebih sukar pada masa ini.

 

“Berilah bantuan kepada mereka. Mungkin mereka yang sebelum ini tidak tersenarai sebagai asnaf, tetapi dalam keadaan ekonomi yang terjejas pada masa ini, mereka menjadi golongan asnaf yang layak menerima bantuan zakat,” sarannya.

 

Dalam mesyuarat kabinet hari ini, beliau telah mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk menggerakkan jentera Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan bagi mengenal pasti golongan asnaf yang layak disalurkan bantuan zakat dengan kadar segera.

 

“Saya berharap pusat pungutan zakat di negeri-negeri lain juga dapat melakukan perkara yang sama.”

 

Selain itu, beliau turut menyeru semua pertubuhan kebajikan agar membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama dalam situasi yang menguji ini.

 

“Kesusahan yang mereka alami belum pernah terjadi. Dan saya percaya anda semua boleh melakukan sesuatu yang bermakna untuk meringankan beban mereka,” ujarnya.

 

Sebagai Perdana Menteri, beliau turut mengakui bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebajikan rakyat.

 

“Ini amanah yang saya pikul. Sebagai manusia saya tidak sempurna, tetapi saya berjanji akan melakukan yang terbaik. Insya-Allah, dengan izin Allah SWT, kita akan dapat bersama-sama mengharungi dugaan besar ini.”

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia