Pusat Pendidikan Al-Hidayah: IKRAM Terima Baik Keputusan Mahkamah Rayuan

Pertubuhan IKRAM Malaysia menerima baik keputusan Mahkamah Rayuan Malaysia berkaitan rayuan yang dikemukakan oleh Pusat Pendidikan Al-Hidayah Ipoh, Perak pada hari Rabu, 2 April 2014. Pihak Pusat Pendidikan Al-Hidayah telah mengemukakan rayuan terhadap liabiliti dan kuantum bayaran yang telah diputuskan oleh Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Rayuan telah memutuskan, pihak sekolah masih didapati bersalah kerana memberhentikan empat orang tenaga pengurusan dan pengajar dengan tidak mengikut prosedur yang betul. Sekolah juga diperintahkan membayar satu bulan gaji, selari dengan kontrak pekerjaan di mana jika pihak sekolah berhasrat untuk memberhentikan pekerja, hendaklah memberikan tiga bulan notis atau membayar satu bulan gaji. Dalam hal kuantum, Mahkamah Rayuan telah menerima rayuan sekolah dengan mengurangkan bayaran, daripada dua puluh empat bulan gaji kepada satu bulan sahaja.

Sebelum perkhidmatan mereka ditamatkan,  pihak sekolah telah memberi cuti bergaji selama tiga bulan. Mereka, walau bagaimanapun telah memutuskan untuk membuat tuntutan di mahkamah sivil.

Mahkamah Rayuan telah tidak menerima bayaran tiga bulan gaji ini sebagai bayaran penamatan perkhidmatan kerana surat berkaitan tidak menyatakan perkara tersebut dengan jelas.

IKRAM berharap keputusan Mahkamah Rayuan ini menutup kes ini.

Hasrat pihak sekolah untuk memastikan agar mereka yang memimpin sekolah-sekolah terdiri dari kalangan yang mendokong aspirasi sekolah dan aspirasi IKRAM-MUSLEH, badan yang memayungi sekolah Al-Hidayah, haruslah dihormati.


Hj Zaid Kamaruddin

Setiausaha Agung

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia