Pusat komuniti wanita Syria mula beroperasi

Pusat komuniti yang diberi nama ‘Rose2Rose Centre For Syrian Women in Antakya’ diuruskan Syrian Women Association dijangka memberi manfaat ekonomi dan spiritual kepada kira-kira 70 pelarian wanita Syria. 

Pembinaan pusat tersebut merupakan dana hasil saluran sumbangan Rose2Rose berjumlah 16,000 Euro yang telah diserahkan pada 5 Februari yang lalu di Istanbul oleh wakil Rose2Rose-MyCARE, Ustaz Abd Rahman Sayuti kepada wakil persatuan tersebut, Loubaba Tayfour.

  

Pusat komuniti tersebut telah disediakan dengan bilik latihan dan juga beberapa mesin jahit dan komputer riba bagi memulakan operasinya.

Rose2Rose sentiasa menerajui pembelaan terhadap wanita dan kanak-kanak yang memerlukan bantuan melalui kutipan sumbangan dalam pelbagai aktiviti amal antaranya yang terdekat ialah Walk For Humanity yang akan berlangsung pada Ahad, 10 April 2016 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Program ini bertujuan untuk menaja kaki dan tangan palsu untuk kanak-kanak di Gaza dan Syria termasuk membiayai pembinaan dan penerusan aktiviti pusat komuniti wanita di Palestin, Syria dan wanita Rohingya di Malaysia.

Derma dan pendaftaran untuk larian amal ini boleh dibuat secara online bit.ly/w4h2016. Ayuh membantu Rose2Rose dalam usaha mengumpul dana untuk tujuan-tujuan kemanusiaan ini bagi membela wanita dan kanak-kanak ini.

Sumber: Rose2Rose

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia