Pupuk gaya hidup sihat, dekati masjid

Pelbagai acara menarik seperti larian, pasar percuma, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, ceramah kesihatan dan rundingan pakar dan juga pemeriksaan kesihatan percuma memeriahkan lagi karnival yang berlangsung selama setengah hari itu.

Program ini dianjurkan bersama IKRAM Kawasan Kuantan, Kuantan Prihatin, Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) Cawangan Pahang, GEMA Pahang, Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) dan Masjid Jamek Kampung Kempadang.

Dirasmikan oleh Timbalan Yang Dipertua IKRAM Pahang, Dr. Mohamed Hadzri Hasmoni, karnival dimulakan dengan senaman ringan sebelum peserta dilepaskan untuk acara Larian Merdeka sambil membawa jalur gemilang sejauh lima kilometer merentasi kawasan sekitar masjid dan pantai.

    

Larian Merdeka, pertandingan mewarna dan pemeriksaan kesihatan

Menurut Pengarah Jom Sihat!, Hj Fakhrul Anuar Zulkawi, program ini bertujuan untuk memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat Kuantan di samping membudayakan masyarakat untuk ke masjid.

“Program yang dijalankan di masjid ini akan membudayakan masyarakat untuk ke masjid dan menjadikan institusi masjid itu lebih relevan dengan kehidupan masyarakat, bukan semata-mata tempat untuk beribadat sahaja.”

Tambah Fakhrul yang juga Pengerusi Kuantan Prihatin, beberapa program seumpama ini akan dijalankan di sekitar Kuantan agar masyarakat di sini menjadi sihat dan peka dengan kesihatan.

Tenaga-tenaga sukarelawan daripada beberapa agensi IKRAM Pahang seperti IKRAMTeens, IKRAM Health, Belia IKRAM Pahang turut bersama-sama membantu menjayakan karnival kali ini.

Turut hadir memeriahkan karnival Ahli Parlimen Kuantan, YB Pn Hajah Fuziah Salleh yang melakukan kunjungan mengejut serta berpeluang menyampaikan ucapan beliau. 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia