Pupuk Amal Dakwah Anak Muda Berteras Impak Sosial

Pupuk Amal Dakwah Anak Muda Berteras Impak Sosial

CYBERJAYA – Lebih 100 anak muda dari seluruh Malaysia berhimpun di Kampus Aerodyne di sini pada Sabtu lalu, bagi menghadiri Konvensyen RISE 2.0, sebuah platform utama bagi memupuk amal dakwah berteraskan impak sosial dalam kalangan anak-anak muda.

Mengusung tema “Rise to Impact”, penganjuran konvensyen kali kedua oleh IKRAM Muda Malaysia bertujuan menggalakkan generasi muda membangunkan usaha-usaha yang memberi manfaat kepada masyarakat dan seterusnya negara. 

Program ini juga menjadi ruang untuk berkongsi idea, membina jaringan dan menggerakkan tindakan berimpak dalam kalangan anak muda. Kehadiran peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk mahasiswa, profesional muda dan aktivis sosial memperkukuh semangat kolaborasi demi membawa perubahan bermakna dalam masyarakat.

Program dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Naib Ketua IKRAM Muda, Ammar Shahrin yang juga merangkap Pengarah Program RISE 2.0 serta Ammar Termizi selaku Ahli Jawatankuasa Pusat IKRAM Malaysia (JKP).

Dalam ucapan mereka, kedua-duanya menekankan peranan anak muda sebagai peneraju solusi sosial yang kreatif, berasaskan nilai dan berorientasikan impak.

Konvensyen ini menampilkan perkongsian daripada pelbagai penceramah dan penggerak sosial yang terlibat secara langsung dalam projek berimpak sosial.

Antara slot utama ialah Seerah of Social Impact oleh CEO Arba Foundation, Ustaz Azlan Shah Nabees Khan, seterusnya diikuti oleh slot Build from the Ground Up oleh CEO Yezza, Ammar Roslizar dan Social Impact at Scale: What Can It Be Like? oleh Ramzy Alamudi dari Mercy Mission Charity Rights.

Sesi petang diteruskan dengan Think City: Reimagining Cities oleh Zaime Bujor dari Khazanah, diikuti slot Redesigning Community oleh CEO Klinik Puteri, Dr. Harith Roslizar. Slot terakhir membawa peserta menelusuri isu Palestin bersama aktivis Aiman Zin, yang menekankan kesedaran global dan tanggungjawab sosial terhadap komuniti yang memerlukan.

Konvensyen diakhiri dengan ucapan penutup oleh Setiausaha Agung IKRAM, Sdr. Mohd. Hafiz Abd. Hamid yang menyeru generasi muda untuk terus memacu perubahan positif melalui amal dakwah berlandaskan impak sosial.

RISE 2.0 mencerminkan usaha IKRAM Muda Malaysia dalam melahirkan generasi muda yang berwawasan, berprinsip dan berperanan aktif dalam membina masyarakat madani.

Konvensyen ini bukan sahaja menjadi ruang untuk berkongsi pengalaman dan idea, tetapi juga menjadi titik permulaan serta pengukuhan bagi inisiatif berterusan yang memberi manfaat kepada komuniti di seluruh negara. Sekecil mana pun usaha yang dimulakan, ia mampu membawa kesan besar dalam masyarakat.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia