Pulang bercuti menabur rahmah dan bakti

Aktviti tersebut adalah sebahagian daripada program Konvensyen Mahasiswa IKRAM Internasional Australia & New Zealand (KONSISTEN Australasia 2016) anjuran Biro Seberang Laut (BSL) Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang telah berlangsung pada 8-10 Januari lalu di Dewan Utama, Kompleks Ibu Pejabat IKRAM dan Dewan Sun Inns Hotel. 

Antara aktiviti khidmat masyarakat yang dijalankan secara berkumpulan ialah Misi Tujuan Hidup, Random Act of Kindness, Kempen Kesedaran Palestin, Street Dakwah dan Misi Pembersihan Bandar sebagai ‘tugasan rahmah’ bagi mengaplikasi makna Malaysia Menuju Negara Rahmah (MMNR) daripada sudut praktikaliti.

    

Aktiviti kebersihan dan penerangan risalah kemanusiaan MyCARE

Aktiviti khidmat masyarakat tersebut dilakukan selepas mendengar perkongsian ‘Sebarkan Rahmah’ oleh Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad yang memberikan kefahaman tentang aspirasi serta perkembangan terkini dakwah di Malaysia yang sedang digiatkan oleh IKRAM terutamanya berkaitan gagasan MMNR.

Selesai aktiviti tersebut, kesemua kumpulan dikehendaki membentangkan tugasan yang mereka lakukan melalui tayangan video dan pembentangan wakil kumpulan dalam masa 10 minit. Dalam sesi penggulungan, Ustaz Mohd Fadzil Saleh mengingatkan supaya amalan-amalan rahmah ini perlu sebati dalam diri kita dan bukan hanya dibuat apabila dirancang semata-mata.

    

Menyantuni masyarakat sekitar dan aktiviti berkumpulan 

Beliau kemudiannya menyampaikan hadiah kepada kumpulan-kumpulan dengan pembentangan terbaik di mana kumpulan ARBARAOK (Abdurrahman bin Auf, Random Act of Kindness) telah dinobatkan sebagai kumpulan pembentangan terbaik konvensyen.

Selain aktiviti khidmat masyarakat, pengisian ‘Compass Setting’ turut disampaikan oleh wakil BSL IKRAM, Dr Amir Syahir Amir Hamzah yang berkongsi pengalaman sebagai mahasiswa dan tanggungjawab peserta selaku mahasiswa luar negara yang mempunyai kelebihan daripada segi akal pemikiran.

    

Pembentangan kumpulan, perkongsian Presiden IKRAM dan Dr Amir Syahir

Seterusnya, slot ‘Hazaddeen’ telah disampaikan oleh Saudara Fauzi Hashim yang memberi kefahaman serta keyakinan tentang kemampuan agama ini sebagai satu-satunya manhaj yang mampu membawa kesejahteraan kepada manusia sejagat dan menjadi rahmat keselamatan bagi semua manusia dengan meraikan kemanusiaan setiap satunya.

Forum bertajuk “Peranan Pemuda Dalam Merealisasikan Malaysia Menuju Negara Rahmah” turut dikongsikan dalam konvensyen ini menampilkan panelis Dr Amir Syahir, Saudara Marwan Abdullah (Presiden IKRAM Siswa) dan Saudari Nik Fatma Amirah Nik Muhamad (Aktivis IKRAM Siswa).

    

Penyampaian tajuk Hazaddeen, forum MMNR dan diskusi bersama Ahli JKP & JKPW IKRAM 

Dalam penutup konvensyen, satu majlis diskusi dan soal jawab bersama Ahli Jawatankuasa Pusat (JKP) dan Jawatankuasa Pusat Wanita (JKPW) IKRAM diadakan bagi memberikan peserta pendedahan yang lebih luas terhadap perkembangan pertubuhan tersebut.

Ahli JKP IKRAM yang hadir dalam majlis tersebut ialah Dr Parid sendiri, Hj Nahar Md Nor, Hj Mahdzir Md Isa, Hj Azman Ali, Dr Ahmad Zainudin Abdullah dan Dr Roselainy Abdul Rahman sementara JKPW IKRAM diwakili oleh Puan Sharifah Mahiza Syed Kadir dan Dr Diana Katiman.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia