PRU15: Sokong Petisyen Bela Rakyat, Profil MP

PETALING JAYA – Badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan masyarakat madani CSO) mengemukakan lima isu utama Agenda Rakyat serta tiga tonggak utama dan sepuluh tuntutan yang dibuat melalui Manifesto Rakyat.

Dalam satu sidang media pada Khamis, NGO-NGO tersebut telah menggesa agar seluruh masyarakat bersama-sama menyokong petisyen Agenda Rakyat dan Manifesto Rakyat.

Dalam pada itu, portal MP Profiling turut dilancarkan bagi memberikan maklumat dan profil tentang Ahli-ahli Parlimen, bagi membolehkan para pengundi dalam PRU15 membuat keputusan yang lebih tepat dan berinfomasi untuk memilih pemimpin yang berwibawa, berkredibiliti dan berintegriti.

Jurubicara sidang media ini ialah Prof. Jeffrey Phang (MYPJ), Mary Magdaline Pereira (Aliran), Stanley Yong (KLSCAH), Faribel Maglin Fernandez (Pusat KOMAS) dan Dr Lim Chee Han (Ketua Kluster GBM).

Turut hadir memberikan sokongan Eric Chew (MYPJ), Hj Shahrul Aman Mohd Saari dan Jusni Yusoff (Pertubuhan IKRAM Malaysia), S. P. Nathan (EWRF) dan Ng Yoon Kin (LLG Cultural development Centre).

Berikut ialah kenyataan penuh yang telah dipersetujui bersama dalam sidang media tersebut:

Sokong Agenda Rakyat dan Manifesto Rakyat

Ketika negara semakin hampir dengan pilihan raya umum, pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil dan individu-individu telah mengenal pasti isu-isu dan pembaharuan yang penting untuk kelangsungan dan pembangunan masa depan negara.

“Ini perlu dibawa ke hadapan dan ditonjolkan kepada para pengundi, calon-calon pilihan raya, parti-parti politik dan para pemimpin mereka. Kita mesti fokus terhadap isu-isu dan pembaharuan-pembaharuan ini jika kita ingin menghentikan negara ini daripada terus terjunam ke bawah.”

Setakat ini, masyarakat sivil telah bersama-sama mengetengahkan dua inisiatif utama: Agenda Rakyat untuk “Tuntut Semula Negara Kita” dan Manifesto Rakyat (Suara Rakyat, Manifesto Rakyat).

Agenda Rakyat Tuntut Semula Negara

Agenda Rakyat Tuntut Semula Negara yang dianjurkan oleh Aliran, GERAK, Pacos Trust, Save Rivers, Suaram dan Undi18 menggariskan lima isu utama:

  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat 
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar 
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman 
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang 
  5. Lawan rasuah dan kronisme

Matlamat utamanya adalah untuk memastikan para pengundi memilih calon berdasarkan komitmen dan rekod mereka dalam lima isu ini.

Satu lagi matlamat yang lain adalah untuk memastikan ahli-ahli politik sedar bahawa ini adalah isu-isu yang masyarakat sivil anggap penting.

Tuntutan Manifesto Rakyat

Manifesto Rakyat (Suara Rakyat, Manifesto Rakyat) yang digerakkan oleh Gabungan Bertindak Malaysia dan CSO Platform for Reform mempunyai tiga tunjang utama:

  1. Perpaduan dalam kepelbagaian/Bangsa Malaysia 
  2. Mempromosi, menambah baik dan mempertahan hak-hak sivil dan kebebasan
  3. Menuju ke arah masyarakat yang adil, saksama dan demokratik

Ketiga-tiga tonggak ini merangkumi 27 tema polisi secara menyeluruh.

Manifesto Rakyat mempunyai 10 tuntutan yang diharapkan akan mendapat maklumbalas dari calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya umum yang akan datang untuk dimuatkan dalam laman web MP Profiling:

  1. Kembalikan pilihan raya tempatan 
  2. Pisahkan fungsi Peguam Negara dan Pendakwa Raya 
  3. Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk meneliti pelantikan ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya
  4. Menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC)

5 Mewujudkan undang-undang hak kepada maklumat dan menghapuskan undang-undang yang mengekang kebebasan berekspresi.

  1. Memastikan pendidikan berkualiti , fokus terhadap meningkatkan profesionalisme guru, akauntabiliti dan pendidikan inklusif.
  2. Mengutamakan kesihatan dengan meningkatkan bajet Kementerian Kesihatan kepada lebih daripada lima KDNK dalam masa lima tahun
  3. Menyokong Undang-undang Keterangkuman Sosial, bergerak secara beransur-ansur ke arah polisi-polisi berdasarkan keperluan.
  4. Meluaskan kawasan pertanian untuk penghasilan makanan, beri petani-petani kecil pajakan sekurang-kurangnya 20 tahun.
  5. Mengisytiharkan Darurat Iklim Kebangsaan, lindungi semua hutan sepertimana komitmen Malaysia kepada Deklarasi Rio 1992

Manifesto ini telah menggabungkan suara-suara yang pelbagai dalam masyarakat untuk mencerminkan apa yang rakyat mahu, tuntut dan ambil berat dalam pelbagai bidang dasar. la bertujuan untuk menjadi rujukan kontemporari untuk parti politik dan platform advokasi untuk masyarakat sivil secara keseluruhan.

Lakukan Perubahan

Pilihan raya yang akan datang merupakan satu peluang kepada rakyat biasa untuk menggerakkan pembaharuan dan perubahan sekali lagi melalui peti undi dan mengelak daripada terbawa-bawa oleh retorik dan drama politik.

“Rakyat mesti memacu agenda memandangkan ahli-ahli politik seperti telah hilang arah.”

Pada tahun 2018, rakyat Malaysia telah bangkit bersama menggunakan kuasa rakyat untuk mencapai perubahan yang tidak diduga.

Walaupun kerajaan sering bertukar ganti selepas itu, perubahan bersejarah yang dicapai ketika itu telah mencetuskan momentum popular untuk pembaharuan politik, dan ini menunjukkan yang rakyat mampu mencetus perubahan.

Kita pernah melakukannya sebelum ini, kita boleh melakukannya sekali lagi. Kita perlu mempunyai keyakinan terhadap demokrasi dan kehendak rakyat.

Jika lebih ramai rakyat Malaysia berfikir seiring dengan isu-isu penting yang ada pada hari ini berbanding dengan pemikiran sempit perkauman dan keagamaan, kita pasti dapat bergerak bersama untuk mendesak ke arah sebuah kerajaan yang lebih bertanggungjawab dan adil.

Rakyat bukan sahaja perlu keluar mengundi, mereka juga patut menuntun calon-calon untuk menyatakan pendirian mereka terhadap isu-isu penting, dan rakyat perlu memastikan mereka menunaikan janji mereka.

 

TANDATANGAN PETISYEN INI https://www.change.org/p/ge15-support-the-people-s-agenda-and-manifesto-rakyat

 

JEJAK CALON ANDA UNTUK MEMASTIKAN MEREKA MENYOKONG TUNTUTAN-TUNTUAN MANIFESTO INI DENGAN MENGGUNAKAN PORTAL “MP PROFILING” di http://www.mp-profiling.info/.

 

“Kami mengharapkan sokongan anda kepada dua inisiatif masyarakat sivil ini untuk menetapkan agenda dan perbincangan menjelang pilihan raya akan datang. Sila sokong petisyen kami, demi Malaysia yang lebih baik, demi Rakyat.”

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia