PRU15: Firma Kajian, Media Selidik Suara Rakyat

PRU15: Firma Kajian, Media Selidik Suara Rakyat | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Tiga firma kajian bersama lima organisasi media utama negara menjalankan Kaji Selidik Suara Rakyat Malaysia Menuju PRU15 bermula hari ini hingga 9 Oktober depan.

Dalam kajian ini, ILHAM Centre, O2 Research dan Centre for Malaysian Chinese Studies bekerjasama dengan Sinar Harian, Sin Chew Daily, The Star, Astro Awani dan Malaysia Nanban.

Kolaborasi julung kali firma kajian bersama organisasi media dalam kaji selidik tersebut merupakan satu titik mula yang baik dalam berkongsi input dan dapatan kajian tentang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengarah Eksekutif ILHAM Centre, Hisommudin Bakar berkata, pihaknya amat berbesar hati apabila berpeluang terlibat secara langsung dalam kolaborasi berkenaan yang bakal mencungkil kehendak dan harapan sebenar pengundi.

“Ini pertama kali kami dilibatkan dalam projek seumpama ini dan kali pertama juga dalam sejarah tiga firma kajian bekerjasama secara langsung dengan pihak media. Berbeza dengan sebelum ini di mana banyak kajian dilakukan secara bersendirian antara firma-firma,” katanya pada Ahad.

Kolaborasi media pelbagai bahasa, platform dan fokus pembaca ini adalah inisiatif untuk meninjau pendapat rakyat Malaysia mengenai pilihan raya umum yang bakal diadakan tidak lama lagi.

“Kami di ILHAM Centre diberi tugasan menelusuri dan membuat eksplorasi khususnya terhadap segmen pengundi Melayu Muslim, apa yang mereka mahukan berkenaan politik dan masa depan Malaysia yang lebih baik.”

Menurutnya, O2 Research dan Malaysian Chinese Studies mempunyai segmen mereka tersendiri.

“Segmen-segmen ini adalah spesifik serta lebih mendalam dan jika kesemuanya digabung jalin dan dihebahkan menerusi lima organisasi media terlibat, pasti akan memberi impak terbaik terutama membangkitkan kesedaran pengundi dalam memainkan peranan dan menunaikan hak mereka dalam proses demokrasi negara,” jelasnya.

Ujar beliau, ILHAM Centre mengekalkan metodologi konvensional dalam menjalankan kaji selidik iaitu menggunakan borang dan secara bersemuka dengan responden.

“Ada firma kajian yang menggunakan metodologi hibrid dan sepenuhnya atas talian, namun kami di ILHAM Centre kekal menggunakan kaedah kajian secara bersemuka di lapangan dan sampel kaji selidik ini bakal diambil di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.”

Jelasnya, pembentangan hasil dapatan kaji selidik dijangka selesai pada 15 Oktober depan.

“Kami menyasarkan sekitar 1,500 ke 1,800 sampel di seluruh Malaysia untuk mewakili bacaan dan membuat bacaan tepat.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia