PRU14: Tahniah dan Bersama Membina Negara Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengucapkan tahniah kepada Pakatan Harapan (PH) yang telah berjaya memenangi Pilihanraya Umum (PRU) ke-14 semalam, 9 Mei 2018 dan seterusnya mendapat mandat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan serta beberapa kerajaan negeri.

Tahniah juga kepada PAS yang telah berjaya mengekalkan pemerintahan di Kelantan dan menubuhkan kerajaan di Terengganu.

IKRAM juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada rakyat Malaysia yang telah keluar mengundi bagi menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara.

IKRAM berharap semua pihak menghormati keputusan rakyat ini dan memastikan peralihan kuasa berjalan lancar.

Adalah penting agar Kerajaan Persekutuan dan Negeri dapat dibentuk dengan kadar segera. IKRAM menyeru agar semua pihak menghormati peruntukan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan. Kepentingan negara dan rakyat mestilah diutamakan

IKRAM menyeru supaya dikembalikan kedaulatan undang-undang, pemisahan kuasa dan kebebasan institusi penting negara seperti kehakiman, SPR, SPRM dan lain-lain.

Inilah masanya untuk melaksanakan semua impian rakyat yang cintakan kebenaran dan keadilan. Semoga Malaysia akan terus maju ke hadapan dan berada dalam rahmat Allah SWT.

Dr. Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia