PRU14: Laksanakan hak sebagai pengundi – GBM

Beliau juga menyeru semua parti politik untuk melaksanakan agenda perpaduan nasional yang inklusif sebagai dasar penting mereka dan menamatkan segala bentuk politik kotor serta menolak semua bentuk amalan korup.

Tegas beliau dalam majlis pengumpulan dana, 8th Anniversary Fund Raising Hi-Tea, tujuan GBM adalah untuk membawa masyarakat ‘dari perpecahan kepada keharmonian’ dengan menegakkan kepelbagaian yang telah menjadi rahmat, dan bukannya masalah kepada Malaysia.

Tambahnya, negara kita harus memanfaatkan pengaruh sejarah dan hubungan masa kini serta pengaruh Nusantara, Timur Tengah, China, India dan Barat untuk menghadapi cabaran dalam era globalisasi yang semakin kompetitif ini.

Dalam majlis itu, Hj Zaid turut mengumumkan bahawa GBM telah berjaya mengumpul dana berjumlah RM266,000 yang mana jumlah tersebut akan digunakan untuk membiayai program dan operasi GBM bagi dua tahun akan datang.

Selain itu, ia juga akan digunakan untuk Rancangan Lima Tahun GBM untuk membina dan mengembangkan program GBM seperti penubuhan sayap pemuda, memperkuatkan strategi media sosial, mengadakan perbincangan meja bulat bulanan dan lain-lain lagi.

Majlis pengumpulan dana dwitahunan dan sempena ulang tahun kelapan penubuhan GBM ini telah diadakan pada 21 Januari lalu yang dihadiri kira-kira 200 tetamu di Mandarin Court Hotel, Jalan Maharajalela di sini.

Majlis turut diserikan dengan forum yang bertajuk ” Post 1MDB in  Malaysia – What Future Can we Have?” menampilkan panelis adalah Dato’ Ambiga Sreenevasan (bekas Ketua Majlis Peguam), Dr Wong Chin Huat (felo Penang Institute) dan Dr Azmi Sharom (pensyarah undang-undang Universiti Malaya) serta aktivis hak asasi manusia, Masjaliza Hamzah sebagai moderator.

GBM adalah sebuah gabungan non-partisan, pelbagai etnik dan agama melibatkan 27 organisasi masyarakat madani berpusat di Kuala Lumpur di mana anggota-anggota gabungan mempunyai latarbelakang yang berbeza yang terletak di pelbagai tempat di Malaysia. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) turut bersama dalam gabungan ini.

Sumber: FB GBM

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia