PRU13: Kenyatan media Gabungan Bertindak Malaysia (GBM)

Memandangkan PRU 13 adalah persimpangan bersejarah dalam perjalanan negara kita menuju penghayatan demokrasi yang teguh dan matang;

Kami menyeru semua parti-parti politik agar:

i.          menghormati hasrat rakyat mahukan pilihanraya yang bebas, adil dan bersih yang mematuhi prinsip-prinsip dan proses demokrasi;

ii.         berkempen berasaskan polisi dan program yang bermanfaat kepada  rakyat dan negara dan bukan berasaskan kutuk-mengutuk;

iii.        berjanji untuk tidak memutarbelit isu-isu berkaitan agama, kaum, kecenderungan seksual dan kepercayaan; dan

iv.        mengutuk dan menghindar dari melakukan sebarang tindakan keganasan politik.


Kami menyeru semua institusi kerajaan agar:

i.          berpegang teguh kepada prinsip tidak memihak dan neutral seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan;

ii.         menyelia dan menjalankan pilihanraya secara bebas dan tidak memihak seperti yang dikehendaki oleh Perlembagaan dan Undang-undang yang berkuatkuasa (Suruhanjaya Pilihan Raya);

iii.        mengamalkan piawai profesionalisme yang tertinggi dalam menguruskan urusan negara semasa fasa “kerajaan interim” dan dalam membantu Suruhanjaya Pilihan Raya menguruskan proses pilihanraya (Perkhimatan Awam dan Pasukan Keselamatan);

iv.        berpegang teguh kepada prinsip pemisahan kuasa dan keadilan di dalam mengadili kes-kes berkaitan pelaksanaan dan keputusan pilihanraya;

v.         menghormati keputusan pilihan yang dibuat oleh rakyat dan memastikan perpindahan kuasa yang aman pasca PRU 13. Pembentukkan kerajaan baru hendaklah menurut semangat dan matan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri masing-masing.

 

Kami menyeru media cetak dan elektronik agar melaporkan pilihanraya dengan adil dan bertanggungjawab serta berpegang teguh kepada piawai kewartawanan tertinggi sebagai mana yang dikehendaki oleh tatalaku profesion pengamal media.

Kami menggesa rakyat menggunakan hak yang diberi oleh perlembagaan untuk mengundi secara bertanggungjawab, serta menerima keputusan majoriti seperti yang ditetapkan di bawah sistem demokrasi berparlimen kita.

Memandangkan kesangsian yang timbul dari Siasatan Suruhanjaya Diraja di Sabah, kami menggesa SPR untuk mengundang pemantau pilihanraya yang ditauliahkan oleh Bangsa-bangsa Bersatu dan Komanwel. Kami percaya ini akan memulihkan keyakinan rakyat yang pilihanraya ini adalah bebas, adil dan bersih. Ia juga akan melonjakkan imej Malaysia dimata masyarakat antarabangsa.

Akhir sekali kami mengingatkan bahawa pengamalan demokrasi yang baik tidak berakhir pada hari mengundi. Rakyat mesti terus memainkan tanggungjawab menentukan masa depan kita. Kerajaan dan parti-parti politik mesti dituntut menepati janji-janji pilihanraya mereka. Sehubungan ini GBM menyeru agar semua pihak giat mengadakan syura supaya amalan demokrasi kita menjadi lebih mantap.


Senarai 25 Keanggotaan GBM:

1)       Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)

2)       Aliran

3)       Tamil Foundation

4)       Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

5)       Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Krisitian, Hindu, Sikh dan Tao (MPMA-BKHST)

6)       Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall (NSCAH)

7)       Penang Chinese Town Hall (PGCTH)

8)       The Federation of Chinese Associations Johore State (FCAJ)

9)       Lim Lian Geok Cultural Development Centre (LLG)

10)   United Chinese School Alumni Association of Malaysia (UCSAAM)

11)   Muslim Professionals Forum (MPF)

12)   Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)

13)   Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS)

14)   Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)

15)   Persatuan Masyarakat Selangor dan Wilayah Persekutuan (Permas)

16)   National Indian Rights Action Team (NIAT)

17)   People’s Green Coalition (PGC)

18)   Anak Muda Sarawak (AMS)

19)   All Women’s Action Society (AWAM)

20)   Partners in Community Organising (Pacos Trust)

21)   Persatuan Bekas Siswazah Universiti dan Kolej di China, Malaysia (Liu-Hua)

22)   Nanyang University Alumni Malaya (Nanda)

23)   Japan Graduates Association, Malaysia (JAGAM)

24)   Gabungan Persatuan Alumni Universiti Taiwan Malaysia (GPAUTM)

25)   Islamic Renaissance Front (IRF)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia