Promosi Negara Rahmah, Komuniti ASEAN

Dalam lawatan tersebut, delegasi memperkenalkan AYLF Malaysia, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), IKRAM Siswa, gagasan Malaysia Menuju Negara Rahmah dan mempromosikan usaha menjayakan misi Komuniti ASEAN kepada pihak Kedutaan. 

Delegasi AYLF disambut baik oleh Setiausaha Duta Besar Malaysia di Thailand, Puan Leowania Leow Sui Yin yang turut berkongsi tentang dasar luar dan hubungan dua hala antara Malaysia dan Thailand.

Dalam lawatan tersebut, delegasi AYLF Malaysia yang diwakili Jufazli Shi Ahmad, Muhammad Miqdam Mohd Rashid, Aishah Azlan dan Nik Fatma Amirah Nik Muhamad turut dibantu dan diiring oleh wakil Bangkok As-Salam Student (BAS).

  

“Dalam sesi mempromosi AYLF Malaysia kami percaya bahawa usaha kerajaan Malaysia menjayakan Komuniti ASEAN adalah satu cita-cita yang terbaik untuk pembangunan ekonomi, meraikan kepelbagaian budaya serta mempromosi mesej keselamatan serantau daripada serangan dan tindakan ekstremis di negara-negara ASEAN,” jelas Jufazli yang juga ketua delegasi AYLF Malaysia dalam ucapan beliau.

Tambahnya, beliau dan rakan AYLF Malaysia cukup menghargai networking dan partnership dalam menyampaikan gagasan Komuniti ASEAN di peringkat semua kelas masyarakat Malaysia dan Thailand serta negara ASEAN lain.

“Kami di AYLF Malaysia membawa cita-cita untuk Malaysia menjayakan Negara Rahmah dan juga ASEAN Menuju Rantau Asia Tenggara Rahmah yang akan menjadi model kepada dunia, model membanteras budaya ekstremis dalam komuniti ASEAN, model pembangunan ekonomi yang sejahtera serta model pembangunan sosial yang dinamik demi mencapai kesatuan komuniti di peringkat antarabangsa,” kata beliau.

Menurut beliau, AYLF Malaysia yakin bahawa pihaknya boleh menjadi aktor semak dan imbang untuk membina Malaysia yang lebih baik di rantau ASEAN.

Selain itu, AYLF Malaysia juga tidak ketinggalan melawat World Assembly of Muslim Youth (WAMY) Thailand di Bangkok dan kagum dengan aktivisme pertubuhan ini membangunkan belia Islam dalam suasana pemerintahan bukan Islam di sini.

Inisiatif rangkaian hubungan luar bersama Komuniti ASEAN antara AYLF Malaysia dan WAMY Thailand akan terus dikukuhkan demi menjayakan kempen kesatuan masyarakat ASEAN di peringkat antarabangsa, insyaa-Allah.

Menghadiri persidangan ‘Sixth Asia- Pacific Conference ob Global Business, Economics, Finance and Social Sciences’ di Novotel Siam Square, delegasi AYLF Malaysia membina hubungan dan mendapatkan input pakar-pakar dari pelbagai negara seperti Korea, Poland, India dan sebagainya tentang pelbagai isu global.

Sumber: ASEAN Young Leaders Forum Malaysia

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia