Program Suara Youthizen Cetus Kesedaran Kepimpinan Pelajar

KUALA LUMPUR – Dua kem kepimpinan pelajar, “Program Pemula: Suara Youthizen” telah diadakan di SMK Kiaramas pada 26 Julai lalu dan SMK Segambut pada 9 Ogos lalu.

Program yang menghimpunkan seramai 100 orang peserta terdiri daripada barisan kepimpinan pelajar sekolah ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal mengenai proses membuat keputusan dan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin muda di sekolah.

Antara modul yang dilaksanakan ialah Poli-Think, yang mengetengahkan simulasi berbentuk lukisan bagi membolehkan pelajar menggambarkan ciri-ciri pemimpin berwibawa melalui karikatur secara kreatif.

Modul ini bertujuan mencetuskan pemikiran kritikal dalam mengenal pasti sifat-sifat kepimpinan yang diperlukan dalam konteks masyarakat hari ini.

Untuk modul kedua iaitu Pecah Perintah, peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberi watak pemegang taruh untuk membincangkan isu-isu berkaitan kehidupan mereka sebagai seorang pelajar.

Melalui modul ini juga, setiap kumpulan perlu berhujah dalam memilih sama ada sesuatu isu perlu disokong atau dibangkang berdasarkan kepentingan pemegang taruh yang diwakili.

Program Suara Youthizen ini dianjurkan oleh Ajar Demokrasi dengan kerjasama Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Pusat Khidmat Parlimen Segambut.

Secara keseluruhannya, program ini berlangsung dengan penuh interaktif dan berjaya mencapai objektif untuk membina kesedaran awal dalam diri pelajar tentang peranan mereka sebagai pemimpin dan pembuat keputusan yang bertanggungjawab.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia