Program “Airlah Hidup” Buka Minda, Bina Iman Remaja

BANDAR BARU BANGI — “Biar betul? Air pun boleh buat kita kenal Tuhan?”. Itulah persoalan yang menjadi pemula kepada program Airlah Hidup yang berlangsung pada Ahad, 3 Ogos lalu. 

Namun, jawapannya tidak lagi diragui selepas peserta melalui sesi interaktif, demonstrasi sains dan penerangan tentang hubungan antara air, alam dan Pencipta.

Program Airlah Hidup dianjurkan IKRAM Bandar Baru Bangi di Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Bangi ini disertai seramai 32 orang kanak-kanak berumur antara 10 hingga 15 tahun.

Program yang diinspirasikan daripada karya Kitab Tauhid Diperakui oleh Fakta Sains oleh Dr. Abdul Majid al-Zindani dan Dudel Tarbiah oleh Iffah Nizar bukan sekadar memperkenalkan konsep sains secara amali, tetapi membawa pendekatan luar kotak iaitu menjadikan air sebagai medium membina iman.

Pensyarah Fakulti Kejuruteraan UKM, Dr. Asma’ Abu Samah membuka minda peserta program dengan membawa mereka menyelami makna air bukan hanya sebagai cecair biasa, tetapi sebagai simbol agung keajaiban ciptaan Tuhan yang penuh tertib dan hikmah.

“Air ini bukan sekadar H₂O,” ujar beliau sambil menekankan bahawa setiap molekul ciptaan Allah bukan hadir secara rawak, tetapi sarat dengan tujuan dan kebijaksanaan Ilahi.

Beliau menjelaskan bahawa air wujud dalam tiga keadaan iaitu cecair, pepejal dan gas, namun dalam setiap bentuk, fungsinya tetap memelihara kehidupan.

“Air tak jadi masin apabila jadi wap, tak beku di dasar lautan. Itu bukan kebetulan. Itu aturan Tuhan yang sangat teliti,” ujarnya.

Dr. Asma’ turut mengajak peserta melihat air dari perspektif al-Quran. “Air disebut lebih 60 kali dalam al-Quran, dengan pelbagai nama dan konotasi. Ada yang membawa makna rahmat, seperti ghaith dan ada yang membawa maksud azab, seperti matar.”

“Ia mengajar kita untuk tidak melihat air semata-mata melalui lensa sains, tetapi untuk direnungi tujuan penciptaannya,” tambah beliau.

Mengakhiri sesi dengan satu persoalan reflektif, beliau bertanya, “Kalau Allah dah rancang air ni dengan begitu teliti dan nak sampai ke rumah pun prosesnya rumit, kita pula setiap hari buat apa dengan air tu?”

“Adakah kita hargainya? Atau kita biarkan ia mengalir tanpa rasa bersalah, sedangkan Rasulullah SAW pernah bersabda: ‘Jangan membazir walaupun mengambil wuduk di tepi sungai yang mengalir.’”

Program “Airlah Hidup” mencipta kelainan apabila berjaya menggabungkan wahyu, sains dan nilai keimanan dalam satu pendekatan pendidikan yang segar dan berkesan.

Ia dibuat untuk membuka mata generasi muda terhadap kebesaran Tuhan melalui ciptaan-Nya dengan mengangkat penemuan sains sebagai pintu masuk kepada penghayatan tauhid yang lebih mendalam.

Lebih menarik, respons positif bukan sahaja datang daripada peserta, malah ibu bapa turut menzahirkan penghargaan terhadap pendekatan yang digunakan.

Puan Lina, ibu kepada salah seorang peserta, berkongsi keterujaan anaknya. “Anak saya lebih fasih berbahasa Inggeris, namun beliau sangat teruja dengan program ini. Katanya, ‘Rating 4 out of 5, I love the experiment activity.’”

Bukan sekadar sesi ceramah atau teori, program ini membimbing peserta merasai sendiri hubungan antara alam, akal dan wahyu melalui aktiviti eksperimen yang interaktif.

Pendekatan ini bukan sahaja memperkukuh kefahaman terhadap konsep tauhid, malah mendorong peserta untuk melihat dunia sebagai bukti langsung kebesaran Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia