Prof Dr Mohd Ali Hassan dilantik bagi memenuhi kekosongan selepas Tn Hj Abdul Aziz Abdul Jalal melepaskan jawatan untuk terlibat aktif dalam Parti Amanah Negara (AMANAH) manakala Dr Hjh Fauziah Mohd Hasan pula dilantik bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Dr Roselainy Abdul Rahman yang meletakkan jawatan kerana mengikuti suami bertugas di luar negara.
Prof Mohd Ali adalah Ahli DPN IKRAM merangkap YDP IKRAM Kawasan Sepang manakala Dr Fauziah adalah juga Ahli DPN IKRAM, Ahli Jawatankuasa Wanita IKRAM Pusat, Ahli Pemegang Amanah MyCARE dan Penasihat Rose2Rose, sebuah agensi di bawah MyCARE. Dr Fauziah juga baru-baru ini telah terpilih untuk menyertai Misi “Women’s Boat to Gaza (WBG)”.
Moga perlantikan kedua-dua JKP baru ini akan megukuhkan lagi saf dan gerak kerja IKRAM.
Mari kita ucapkan selamat bertugas kepada kedua-dua orang Jawatankuasa Pusat IKRAM yang baru ini.
Hj Nahar Md Nor
Setiausaha Agung
Pertubuhan IKRAM Malaysia
20 Ogos 2016