PRN: GBM Lancar Portal MY-ADUN, Kemuka 10 Tuntutan

PRN: GBM Lancar Portal MY-ADUN, Kemuka 10 Tuntutan | IKRAM

PETALING JAYA – Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) telah melancarkan Portal MY-ADUN.Info menghimpunkan profil kesemua calon bagi negeri Selangor dari kesemua parti yang akan bertanding, pada Khamis di Gerak Budaya di sini.

Pelancaran portal ini bertujuan memudahkan semua pengundi di negeri Selangor bagi menilai secara objektif setiap calon yang bertanding sebelum membuat keputusan untuk memilih semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti. 

Portal MY-ADUN memaparkan biografi semua calon serta latar belakang penglibatan setiap calon dari segi akademik, sosial serta politiknya, sama ada daripada PH-BN, PN, MUDA ataupun PSM.

Ia turut memaparkan segala bentuk berita yang ada berkenaan calon-calon tersebut daripada sumber-sumber berita yang sahih, tanpa  mengira sama ada berita bersifat positif ataupun negatif.

Portal MY-ADUN.Info yang telah dibangunkan oleh GBM berserta MyPJ serta beberapa NGO, tidak menyediakan portal yang sama bagi negeri-negeri yang lain, memandangkan kesuntukan masa dan keterbatasan sumber untuk mengendalikannya.

Portal ini juga memuat naik beberapa tuntutan kepada semua calon yang akan bertanding untuk dijadikan medan fokus mereka jika dipilih dalam PRN yang akan berlangsung pada 12 Ogos nanti.

Tuntutan tersebut merangkumi aspek peranan ADUN, antirasuah, pendekatan holistik, pilihan raya tempatan, perpaduan, ketelusan, pembangunan seimbang, perumahan B40, pengangkutan dan perubahan iklim.

Untuk maklumat lanjut, portal MY-ADUN.Info boleh dilayari di pautan https://www.my-adun.info/.

Dalam pelancaran tersebut, beberapa orang wakil daripada Pakatan Harapan, MUDA dan juga PSM turut berucap dan menyampaikan manifesto parti masing-masing untuk PRN kali ini.

Hadir sama dalam majlis pelancaran tersebut ialah Pengerusi GBM, Ir Stanley Yong Yew Wei, Timbalan Presiden IKRAM, Jusni Yusoff (Bendahari GBM), Ahli Jawatankuasa Pusat Dr Hasbullah Hj Ashari dan Ketua Pegawai Eksekutif Nusantara Academy for Strategic Research (NASR), Hj Norazmi Mat Noh.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia