PRN 6 Negeri: Realisasikan Peningkatan Calon Wanita

Malaysia bakal menyaksikan Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam (6) negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu pada 12 Ogos 2023 ini.

Maka ketika ini, pemilihan calon-calon bagi setiap parti yang akan bertanding, sedang berlangsung.

Setelah lebih 65 tahun merdeka, prestasi parti-parti politik dalam mengetengahkan calon wanita adalah tidak memuaskan walaupun jumlah wanita sebagai ahli dan pengundi adalah tinggi.

Sedarkah kita, pasca-PRU15 mencatatkan penurunan jumlah ahli parlimen wanita dari 32 ke 30 orang sahaja? Malah, bagi jumlah wakil rakyat wanita di DUN juga mencatatkan jumlah yang amat mengecewakan.

Terdapat lima (5) negeri iaitu Kedah, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu dan Sabah yang mempunyai kurang 10 peratus wakil rakyat wanita iaitu antara 4.17 hingga 9.61 peratus sahaja.

Manakala negeri-negeri yang lain pula mencatat antara 10.94 hingga 15.5 peratus. Secara keseluruhannya, kesemua negeri tidak mencapai sasaran minimum 30 peratus representasi wanita yang telah dipersetujui dalam Dasar Wanita Negara (DWN) dan Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW).

Justeru, Jawatankuasa Pantau PRU15 ingin merujuk kepada kebijaksanaan pucuk kepimpinan setiap parti politik agar memastikan sasaran peningkatan calon wanita di enam (6) negeri ini direalisasikan.

Terdahulu, negeri-negeri lain seperti Perlis, Pahang, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak telah lebih awal mengadakan pilihan raya.

Hapus diskriminasi terhadap wanita

Penghapusan segala bentuk diskriminasi terhadap wanita perlu diperjuangkan. Kedudukan kepimpinan wanita yang amat rendah telah mengakibatkan Malaysia jatuh ke tahap 152 dari 185 negara dalam Ranking Inter-Parliamentary Union (IPU) pada 1 Julai 2023, Malaysia di tahap kedua terendah dalam ASEAN. 

Keadaan ini telah memburukkan imej Malaysia sebagai sebuah negara yang menghormati sistem demokrasi yang mementingkan kesaksamaan representasi kaum, agama dan jantina yang dapat mencerminkan komposisi penduduk negara ini.

Parti politik yang menghormati prinsip sistem demokrasi akan memandang serius mengenai jumlah representasi wanita yang amat rendah.

Laksana 3 perkara

Oleh itu, Jawatankuasa Pantau PRU15 menggesa Jawatankuasa Pemilihan semua parti politik agar memastikan jumlah wanita yang dicalonkan mencerminkan kesungguhan parti politik dalam mengetengahkan kepentingan wanita di Malaysia.

“(Parti politik perlu) menzahirkan kesungguhan parti politik dalam menambah baik jumlah pemimpin wanita dengan menempatkan mereka di kawasan yang menjadi kekuatan kepada parti masing-masing, bukan sekadar di tempatkan di kawasan yang pasti akan kalah.”

Selain itu, parti politik digesa memberi keutamaan kepada wanita yang mempunyai rekod jasa dan bakti yang cemerlang kepada rakyat.

“Justeru, Jawatankuasa Pantau PRU15 berharap semua pihak merujuk kepada Nilai Politik Wanita yang telah dipersetujui oleh wakil-wakil wanita dari lapan (8) parti politik pada 20 Jun 2023 lalu.”

Nilai Politik Wanita

Terdahulu, pada Jun lalu telah dikeluarkan resolusi yang terhasil dalam ‘Bengkel Bina Upaya Kepimpinan Wanita dan Kesejahteraan Negara Siri 1: Kepimpinan Politik’ anjuran Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) dan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, keturunan, jantina, agama, budaya, ideologi politik dan status sosioekonomi menghadiri bengkel yang diadakan pada 20 Jun 2023 di World Trade Center (WTC), Kuala Lumpur.

Berikutan itu, para peserta sebulat suara bersetuju bahawa langkah-langkah yang perlu diamal dan dilaksanakan dengan segera untuk meningkatkan NILAI POLITIK WANITA dalam kepimpinan politik ialah:

  1. Menyeru semua parti politik meningkatkan jumlah pemimpin wanita dalam struktur organisasi parti terutamanya dalam kepimpinan tertinggi parti.
  2. Menuntut pelaksanaan sasar representasi iaitu MINIMUM 30 peratus calon wanita dalam Pilihan Raya Negeri 2023 selari dengan jumlah keahlian wanita dalam setiap parti politik.
  3. Membebaskan politik daripada amalan yang mendiskriminasi wanita tanpa mengira latar belakang, etnik, jantina, agama, budaya, ideologi dan status sosioekonomi.
  4. Menolak amalan politik wang dan rasuah; fitnah; kenyataan seksis; ugutan dan serangan peribadi.
  5. Memastikan setiap gerak kerja kempen pilihan raya bebas daripada penyalahgunaan sentimen perkauman dan salah tafsiran agama.
  6. Menyeru semua parti politik berkempen dengan beretika selaras dengan prinsip Rukun Negara iaitu ‘Kesopanan dan Kesusilaan’, dan menolak dengan sekeras-kerasnya sebarang bentuk sabotaj serta perbuatan mengaibkan calon.

Tingkat penglibatan wanita

Pantau PRU15 ialah gabungan yang diketuai Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) yang terdiri daripada 200 NGO wanita, 25 rakan kerjasama NGO dari serata tanah air dan para ahli akademik.

Gabungan ini bertujuan untuk mengangkat kepentingan peningkatan penglibatan wanita dalam peratus calon wanita dalam PRU15, memantau dan menganalisis prestasi parti-parti politik dalam rencana peningkatan jumlah penglibatan wanita dalam PRU15, khidmat profesional dan sokongan psikososial kepada calon wanita.

Antara ahli-ahli gabungan Pantau PRU15 ialah NCWO, Rasuah Busters, Pertubuhan IKRAM Malaysia, Women’s Aid Organisation (WAO), All Women’s Action Society (AWAM), Persatuan Wanita Kedah (Wanida), Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim UKM, KANITA USM dan MyWATCH.

Atriza Umar

Pegawai Jabatan Komunikasi dan Media

Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia