Presiden lancar Modul Pembangunan Wanita IKRAM

Modul ini akan diguna pakai oleh Unit Pembangunan Wanita IKRAM seluruh Malaysia. Modul-modul yang tersedia adalah “Modul Jatidiri Muslimah”, “Modul Wanita dan Kekeluargaan” dan “Modul Wanita dan Keselamatan”.

Ketika ucapan perasmian Dr Mohd Parid mengajak akhawat supaya beramal bersama-sama pimpinan IKRAM. Beliau mengingatkan supaya tidak menjadi seperti kaum Nabi Musa AS yang hanya menyuruh Nabi berjuang tapi mereka hanya ingin duduk diam.

Beliau turut menyarankan agar wanita mesti menjadi seperti golongan “Ikhwan” yang disabdakan Rasulullah SAW dalam sebuah hadis iaitu golongan yang tidak pernah pernah berjumpa dengan baginda tetapi menuruti jejak langkah baginda yang berjuang dan berjihad untuk meninggikan Islam.

Presiden IKRAM turut menyentuh bahawa kita perlu berjuang bukan untuk kepentingan orang Islam sahaja namun kita juga perlu terus berjuang utnuk mempertahankan hak semua manusia.

Firman Allah yang mengangkat martabat manusia, “Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak Adam…” mesti diterjemahkan dengan menghentikan sebarang bentuk diskriminasi dalam semua segi tidak kira jantina mahupun kaum.

Beliau juga menegaskan betapa pentingnya ilmu sebagai cahaya nur penunjuk jalan dengan syarat, menjauhkan diri daripada maksiat.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia