Presiden IKRAM seru hadir Solidariti Kedamaian

Program akan bermula di pasar raya SOGO hingga ke Dataran Merdeka, bagi menyatakan solidariti terhadap rakyat New Zealand yang berdepan dengan peristiwa sedih yang berlaku pada Jumaat lalu.

“Kami ingin menyatakan rasa sedih terhadap peristiwa yang berlaku di New Zealand baru-baru ini, iaitu di Bandar Christchurch, di mana satu pembunuhan beramai-ramai telah berlaku ke arah sekumpulan jemaah yang sedang bersiap-siap untuk menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Noor,” ujar beliau.

Beliau berkata, peristiwa ini merupakan peristiwa sedih yang melibatkan pembunuhan ke atas 50 orang Islam termasuk empat orang rakyat Malaysia, iaitu tiga cedera dan seorang meninggal dunia.

“Kita merasa sedih di atas peristiwa tersebut dan kepada negara New Zealand, satu peristiwa yang tidak diduga sama sekali oleh mereka lantaran rakyat New Zealand tidak menampakkan ciri-ciri keganasan, sikap dan tindakan mereka terhadap orang Islam yang berada di sana.”

Dalam pada itu, sebagaimana yang diketahui, pelaku penjenayah tersebut, berasal daripada Australia.

“Jadi, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu membayangkan kepada masyarakat New Zealand bahawa kita turut berasa sedih di atas apa yang telah berlaku,” katanya.

Sehubungan dengan itu, IKRAM berharap rakyat New Zealand dapat menampilkan ciri-ciri kebaikan yang semulajadi yang ada pada diri mereka sebagaimana yang dapat dilihat selama ini.

“Mereka ikut serta menyatakan ketidaksenangan terhadap apa yang telah berlaku dan mereka turut sama membayangkan simpati terhadap keluarga yang terkorban.”

Dalam pada itu, mereka turut mengawal keadaan selepas kejadian tersebut berlaku sehinggalah waktu pengebumian jenazah yang terkorban.

“Kita sebagai rakyat Malaysia yang peka kepada keamanan, menyatakan solidariti kita kepada rakyat New Zealand begitu juga kepada keluarga-keluarga mangsa yang terkorban yang telah terpaksa menghadapi keadaan sedih ini,” ujar Dr Parid.

Sebagai rakyat Malaysia, IKRAM turut mengucapkan takziah kepada keluarga yang telah gugur dalam peristiwa ini.

“Dan kita mendoakan untuk mereka kebaikan dan roh-roh mereka akan dirahmati oleh Allah serta diletakkan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang soleh.”

Selain itu, IKRAM mengharapkan semua keluarga mangsa agar terus kekal bersabar menerima peristiwa tersebut.

‘Solidariti Kedamaian’ pada Sabtu ini merupakan program anjuran Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama gabungan pertubuhan-pertubuhan masyarakat madani pelbagai agama dan bangsa.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia