Presiden IKRAM sertai Majlis Perundingan Islam

MPI yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dihadiri oleh ahli-ahli Majlis seramai 87 orang daripada pelbagai latar belakang meliputi ahli agama, ahli akademik, tokoh korporat dan pemimpin badan bukan kerajaan. 

Tokoh-tokoh ini berperanan sebagai kumpulan pemikir bagi membantu kerajaan dalam memberikan idea dan cadangan ke arah melaksanakan agenda pembangunan negara menurut landasan syarak.

Mewakili pihak kerajaan Malaysia, turut hadir dalam MPI ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Mejar Jeneral Datuk Seri Dr Jamil Khir Baharom, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Dato’ Hj Othman Mustapha.

    

Antara resolusi penting MPI ialah menghimpunkan ahli-ahli di bawah tujuh kluster khusus bagi membolehkan perbincangan secara lebih tuntas dan telus dapat dilakukan bagi mencari formula terbaik mencadangkan penyelesaian kepada pelbagai isu yang menimpa umat Islam di Malaysia.

Ketua-ketua kluster yang dilantik bagi menyelaras perbincangan kelak ialah Dato’ Dr Haron Din (Dakwah), Tan Sri Muhamad Ali Hashim (Ekonomi), Tan Sri Prof Dr Kamal Hasan (Pendidikan), Senator Dato’ Dr Asyraf Wajdi (Sosial), Prof Dato’ Sri Dr Zaleha Kamarudin (Undang-undang), Dato’ Dr Siddiq Fadzil (Pemikiran Islam) dan YAB Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir (Politik).

Menghargai penyertaan tokoh-tokoh daripada pelbagai latar belakang, parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, Datuk Seri Ahmad Zahid bersetuju bahawa MPI harus meraikan kepelbagaian pemikiran, menghormati perbezaan dan menjelaskan bahawa satu ijtimak akan diadakan tempoh enam bulan ini bagi membincangkan tujuh kluster yang dipengerusikan oleh tokoh-tokoh tersebut.

Antara tokoh-tokoh lain yang hadir ialah Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Presiden MURSHID, Dr Zaharuddin Abdul Rahman, Dr Siddiq Fadzil, Dr Abdul Basit Abd Rahman, Dr Khairuddin Aman Ghazali, Prof Dr Mahmood Zuhdi, Tan Sri Dr Yusof Noor, Dr Zahazan Mohamed, Habib Ali Zainal Abidin al-Jufri, Datuk Dr Mohd Daud Bakar, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Datuk Nakhaie Ahmad dan ramai lagi.

Album MPI: http://on.fb.me/1ofdsAh

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia