Presiden IKRAM Dilantik AJK Keharmonian Antara Penganut Agama

Presiden IKRAM Dilantik AJK Keharmonian Antara Penganut Agama

SERI KEMBANGAN – Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Hj Badlishah Sham Baharin telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (HARMONI) bagi sesi 2023-2024.

Jawatankuasa HARMONI yang dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Perpaduan Negara dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bertujuan mempromosi kesefahaman dan keharmonian antara penganut pelbagai agama di negara ini.

Sesi penyampaian watikah pelantikan AJK dan mesyuarat pertama Jawatankuasa HARMONI bakal berlangsung pada 18 Mei 2023.

Jawatankuasa HARMONI bersidang dua kali setahun dengan keahlian seramai 24 orang pemimpin badan-badan agama atau wakil pertubuhan yang dikenal pasti dan disenarai pendek oleh Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Manakala satu Jawatankuasa Teknikal HARMONI bersidang empat kali setahun melibatkan tiga agensi bersama iaitu KPN, JAKIM dan Institut Kemajuan Islam Malaysia (IKIM) dengan dipengerusikan secara bersama oleh Ketua Setiausaha KPN dan Ketua Pengarah JAKIM.

Pada 14 Ogos 2020, Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju dengan penubuhan Jawatankuasa Keharmornian Antara Penganut Agama (HARMONI), yang menggantikan Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKA) yang ditubuhkan pada tahun 2010 dan berakhir pada 31 Disember 2019.

Jawatankuasa HARMONI berfungsi untuk membentuk platform yang terdiri daripada pemimpin badan agama, atau persatuan agama serta lain-lain pihak berkaitan.

Selain itu, ia bertujuan memantapkan iklim perhubungan yang baik dalam kalangan pemimpin serta penganut pelbagai agama berteraskan semangat saling hormat menghormati dan bekerjasama di semua peringkat.

Jawatankuasa ini juga berusaha menggalakkan semua penganut agama memahami dan menghormati Perlembagaan Persekutuan dan meningkatkan penghayatan rakyat kepada nilai-nilai agama selaras dengan prinsip Rukun Negara.

Di samping itu, JK HARMONI turut berusaha meningkatkan kefahaman mengenai kepelbagaian agama, budaya dan adat resam agar menjadi sumber kekuatan negara dan masyarakat, dan membantu menyelesaikan konflik atau salah faham berkaitan isu agama melalui kaedah intervensi dan mediasi.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia