Presiden IKRAM Dilantik Ahli Lembaga Pengarah KPBKL

Presiden IKRAM Dilantik Ahli Lembaga Pengarah KPBKL | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia, Hj Badlishah Sham Baharin dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Institut Profesional Baitulmal Sdn Bhd (Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur – KPBKL).

Pelantikan tersebut dimaklumkan melalui surat rasmi oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Tan Sri Datuk Dr Mohd Daud Bakar, berkuat kuasa selama dua tahun bermula dari 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2025.

Pelantikan beliau mendapat persetujuan dalam Mesyuarat MAIWP ke-164 pada 7 November 2023, kemudian diperkenankan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 27 Disember tahun lalu.

Ditubuhkan pada 1992, Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) merupakan sebuah kolej milik MAIWP dengan visi untuk melahirkan ilmuan profesional yang kompeten dan holistik.

Semoga kepakaran dan pengalaman Hj Badlishah Sham dapat disumbangkan agar kolej pengajian seperti KPBKL terus cemerlang, berdaya saing dan mencapai visinya.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia