Presiden IKRAM Anggotai KRPPM Tingkat Integriti, Cegah Rasuah

Presiden IKRAM Anggotai KRPPM Tingkat Integriti, Cegah Rasuah | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Dewan Rakyat meluluskan penubuhan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) Integriti, Governans dan Anti-Rasuah bagi mempertingkatkan integriti, tadbir urus serta pencegahan rasuah, pada Selasa.

Perkara ini dikongsikan dalam kenyataan yang memaklumkan, KRPPM dipengerusikan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang), serta keanggotaannya terdiri lapan Ahli Parlimen lain kerajaan termasuk pembangkang.

Antara anggota kumpulan rentas parti itu adalah Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah), Young Syefura Othman (PH-Bentong), Taufiq Johari (PH-Sungai Petani), Mohd Syahir Che Sulaiman (PN-Bachok), Khoo Poay Tiong (PH-Ayer Keroh), Azli Yusof (PH-Shah Alam), Roy Angau Gingkoi (GPS-Lubok Antu), dan Rodiyah Sapiee (GPS-Batang Sadong).

Selain itu, turut mengganggotai Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud), Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut), Wan Ahmad Wan Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang), dan Senator Awang Sariyan.

“Turut dianggotai Yayasan Sinar Untuk Malaysia #Rasuah Busters, Transparency International Malaysia, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4), Patriot dan Undi18,” katanya.

Menurut kenyataan itu, tumpuan pelaksanaan reformasi institusi merangkumi pindaan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, pemisahan peranan peguam negara daripada fungsi pendakwa raya, penggubalan akta perolehan kerajaan dan akta pendanaan politik, reformasi Parlimen dan implementasi penuh Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP).

Katanya, turut menganggotai KRPPM, kumpulan pakar dan profesional Syed Hamid Albar, Mohamed Nazir Tun Razak, Hussamuddin Yaacub, Anis Yusal, Shah Hakim Zain, Anis Zubedy, Maha Balakrishnan, Christopher Leong, Terence Gomez, dan Hj Badlishah Sham Baharin (Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia).

Tambahnya, pihaknya turut melahirkan komitmen menyeluruh setiap anggota bagi memastikan ketelusan, akauntabiliti dan menyekat penyalahgunaan kuasa.

“Melalui penggubalan dan pemerkasaan dasar serta penambahbaikan polisi bersama program kesedaran dan advokasi kemasyarakatan yang berterusan,” katanya.

Sumber: Free Malaysia Today

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia