PPSMI: Kenyataan media JK Pendidikan IKRAM

1.    Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) adalah sebuah badan yang menaungi rangkaian 34 buah sekolah-sekolah swasta Islam SeMalaysia pada peringkat rendah dan menengah. Kini, jumlah pelajar di sekolah-sekolahnya ialah seramai 13,000 orang, lebih 1,000 orang pendidik dan 20,000 orang ibubapa. Sekolahnya yang pertama telah mula beroperasi sejak tahun 1985.

2.    IKRAM  sebagai satu institusi yang meletakkan misinya memperkasa pendidikan Islam sangat prihatin terhadap isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang sekarang hangat diperdebatkan.

3.    IKRAM menerima kepentingan dan keperluan menguasai bahasa-bahasa lain seperti yang disebut dalam Al-Quran dan hadis Rasulullah saw dalam konteks pembangunan Ummah dan tamadun bangsa serta negara, tetapi strategi pelaksanaan untuk menguasai bahasa asing bukan sepatutnya dengan mengorbankan kedudukan dan fungsi Bahasa Melayu sebagai tonggak pembangunan agama, bangsa dan negara.

4.    IKRAM  yakin bahawa penguasaan Bahasa Inggeris perlu dipertingkatkan tetapi  cara meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris melalui PPSMI bukan sahaja tidak mencapai matlamat bahkan akan merencat perkembangan pendidikan murid-murid terutama di luar bandar.

5.    IKRAM yakin bahawa pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membuat keputusan yang tepat ketika membatalkan PPSMI dan melancarkankan program Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

6.    IKRAM berpandangan cadangan untuk memberikan pilihan kepada sekolah untuk memilih sama ada menjalankan pengajaran sains dan matematik di dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris akan menimbulkan kecelaruan di dalam Sistem Pendidikan Negara.

7.    IKRAM juga menentang usaha-usaha untuk mengembalikan PPSMI kerana yakin keputusan KPM mengenai isu ini telah diasaskan kepada kajian dalaman kementerian, pakar-pakar tempatan dan kajian badan luar negara yang berwibawa. Semua kajian ini menunjukkan kesan negatif PPSMI melebihi manfaatnya.

8.    IKRAM menyeru agar pihak Kerajaan bertegas serta mengambil langkah berhikmah dalam menentukan pendekatan dan strategi agar kedudukan dan fungsi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Bahasa Rasmi dan Bahasa Ilmu terpelihara dan pada masa yang sama, penguasaan bahasa-bahasa utama yang lain dalam kalangan pelajar-pelajar tercapai.


Profesor Dr. Omar bin Yaakob

Pengerusi

Jawatankuasa Pendidikan IKRAM

012-7086482

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia