Positif kepada Allah menguatkan saya

Beliau turut menyatakan kesyukurannya ketika menyambut ziarah oleh Kluster Dakwah dan Tarbiah, Persatuan Belia Harmoni Malaysia (HARMONI).

Sesi ziarah ini dilaksanakan dengan kerjasama Hidayah Centre Foundation (HCF) secara bersiri, bertujuan menyantuni saudara baru di samping menghulurkan bantuan kepada mereka.

Dalam kesempatan tersebut, wakil yang hadir turut mendengar luahan cabaran-cabaran yang dilalui golongan saudara baru ini, khususnya yang berlatarbelakangkan golongan susah.

“Mereka berdepan pelbagai ujian; ditinggalkan isteri, kaki terpaksa dipotong atas faktor penyakit sehingga memaksa untuk memandu kereta transisi manual hanya dengan satu kaki, anak-anak yang hanya mencarinya apabila susah,” kongsi saudara Tengku Muhammad Ibrahim Salahuddin, wakil HARMONI.

“Segalanya memberi ingatan kepada kita untuk terus bersyukur atas kurniaan hidayah dan cakna kepada yang memerlukan,” sambung beliau lagi.

Dalam sesi ziarah tersebut, saudara baru menerima sumbangan berupa makanan asas dan sumbangan kewangan bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung.

Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan khusus kepada saudara baru, boleh disalurkan kepada akaun Bank Islam atas nama Belia Harmoni Resources (Nombor akaun: 14041010089919) dengan menggunakan rujukan ‘HidayahAid”.

Maklumat lanjut boleh hubungi Kluster Dakwah dan Tarbiyah HARMONI, saudara Ammar, di talian 019-4768918.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia