Seramai 300 orang menghadiri Seminar Keluarga Dalam Pelaksanaan Syariah 2016 dengan tema 'Kesihatan Mental Kanak-kanak Asas Kecemerlangan Ummah' di Bangunan SIRIM Berhad, Shah Alam pada Ahad, 3 April 2016 yang lalu.
Seminar anjuran Wanita IKRAM Selangor dengan kerjasama Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM) ini disempurnakan dengan ucaptama dan perasmian oleh pakar psikiatri yang juga penasihat Jawatankuasa Unit Psikospiritual IKRAM, Prof Kanan Dr Mohamed Hatta Shaharom.
Turut diadakan forum bertajuk 'Kesihatan Mental Kanak-kanak Menentukan Masa Depan Ummah Yang Gemilang' menampilkan Pakar Psikologi Klinikal Dr Adnan Omar dan Pakar Psikiatari Prof. Madya Dr Fairuz Nazri dan Maryam Aizuddin bertindak sebagai moderator.
© 2009 – 2024 Pertubuhan IKRAM Malaysia
Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia