AYUH BERSAMA KAMI!
Pada Sabtu, 6 Ogos 2022 akan dilangsungkan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia.
Tema Walau Kita Berbeza, Tetap TEGUH BERSAMA diambil atas perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya yang mana ia tidak sedikit pun melunturkan semangat bersama cintakan negara.
Nantikan siaran langsung majlis ini pada hari Sabtu ini, jam 9 - 11 pagi, bersiaran di YouTube TV IKRAM dan Facebook IKRAM Malaysia.
Pelbagai aktiviti menarik sepanjang majlis:
- Ucapan dan Perasmian oleh Presiden IKRAM.
- Pelepasan Konvoi Amal Perpaduan (Konvoi ini akan 'ride' ke setiap negeri di Semenanjung).
- Saksikan Pelancaran 'Jingle' Teguh Bersama.
- Kuiz Online: RM300 wang terkumpul (e-wallet) untuk dimenangi.
Sama-sama kita meriahkannya.
#TeguhBersama
#SambutanBulanKebangsaan2022
#BinaNegaraRahmah
© 2009 – 2024 Pertubuhan IKRAM Malaysia
Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia