Politik toksik: Jika tidak dibendung, menjadi barah

“Wahai pemimpin dan rakyat Malaysia lelaki dan wanita sekalian, atas dasar kasih sayang dan rahmah, petang ini Wanita IKRAM bersama-sama wanita daripada pelbagai kumpulan dan latar belakang berhimpun bagi menyuarakan bantahan kami terhadap amalan politik toksik  yang menjadi amalan sebahagian daripada pemimpin negara,” ucap Timbalan Ketua Wanita IKRAM, Dr Hafidzah Mustakim.

Menurutnya amalan politik rasuah, jahat, ganas dan tidak bermoral ini jika tidak dibendung akan menjadi barah yang akan menghancurkan negara ini yang mana kesannya bukan sahaja kepada pemimpin wanita.

“Kita sebenarnya bertuah dan patut bersyukur dikurniakan nikmat negara Malaysia yang aman dan diberkati dengan pelbagai sumber semula jadi.”

Tambahnya lagi, kita ingin memastikan negara ini menjadi negara yang lebih baik di mana semua rakyat dapat menikmati hasil negara dengan adil tanpa ada kelompok yang terpinggir.

“Kita mahu wanita dan pemimpin negara ini sedar bahawa kaum wanita adalah separuh daripada penduduk Malaysia dan suara kita boleh menjadi penentu kepada nasib pemimpin dan masa depan kepimpinan negara,” tegas Dr Hafidzah.

Dalam ucapan tersebut, beliau menyeru wanita Malaysia khususnya dan rakyat Malaysia agar bersatu untuk membantah dan menghapuskan politik toksik ini.

“Kita mesti bersatu menolak pemimpin rasuah, tidak amanah, pemimpin yang memainkan api perkauman bagi memecahbelahkan rakyat dan pemimpin yang menindas serta mendiskriminasikan wanita.”

Beliau turut menyeru di hadapan sekitar 1,500 orang yang hadir himpunan agar bersatu menuntut semua wanita agar celik dengan maklumat yang sebenar agar mereka dapat memilih pemimpin yang amanah, berakhlak, berintegiriti, menghormati dan memuliakan wanita di samping cerdik serta bijaksana menguruskan negara ini.

“Wanita IKRAM juga komited dalam usaha pendidikan dan sumber manusia.  Oleh itu, kami mengajak semua pihak terutama ibu bapa dan guru-guru agar sama-sama mendidik anak-anak kita menjadi warga yang beramanah, berintegriti dan berakhlak mulia kerana merekalah bakal pemimpin masa depan negara ini.”

Dengan penuh rasa tanggungjawab sebagai rakyat yang cintakan keamanan, kebaikan dan keharmonian, mengetepikan perbezaan, bersatu menolak pemimpin politik toksik yang jahat, politik rasuah, politik perkauman, politik ganas lagi biadap yang merendah dan melecehkan wanita, Wanita IKRAM bersama-sama hadir dan menyatakan bantahan dengan menyokong perhimpunan ini.

 “Marilah kita tolak politik toksik dan rasuah, kita sebarkan politik kasih sayang dan rahmah,” tegas Hafidzah mengakhiri ucapannya.

Lagi foto himpunan: http://bit.ly/2fbULvt

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia