PKP: Membaca buku memang seronok!

Membaca buku? Pilihan yang tepat! Mungkin ada segelintir orang tidak gemar membaca buku. Tetapi apa salahnya anda cuba memulai aktiviti ini dengan membeli sebuah buku tipis yang tajuknya menarik perhatian anda.

 

Sebenarnya ada banyak manfaat yang kita perolehi melalui pembacaan buku. Bak kata peribahasa, membaca adalah jambatan ilmu. Ya, selain daripada menambah ilmu pengetahuan kita, membaca juga adalah sebuah pengembaraan! Menarik kan?

 

Membaca ibarat kita mengembara. Apabila kita banyak membaca buku dengan tajuk yang berbeza-beza, secara automatik akan muncul berbagai-bagai perasaan dalam diri kita. Bahagia, sedih, takjub, terkilan dan lain sebagainya akan mencorak-warnakan hari-hari kita ketika membaca buku. 

 

Membaca buku travelog atau sejarah

 

Jika sesuatu buku itu menceritakan tentang sejarah, maka seolah-olah kita berada pada zaman itu, kita akan dibawa mengembara dari suatu tempat ke tempat lain, dari suatu situasi kepada situasi yang lain.

 

Manakala buku yang bergenre travelog pula apabila kita membacanya, kita tidak sabar untuk membuka halaman berikutnya. Kita diajak sekali mengembara ke pelbagai tempat.

 

Di kala pandemik tidak mengizinkan kita untuk merentas sempadan negara mahupun negeri, jadi saya amat syorkan untuk anda membaca buku travelog. Berkemungkinan ada beberapa tempat yang belum pernah anda kunjungi yang terkandung dalam buku tersebut. Selamat menjelajah!

 

Membaca buku motivasi

 

Buku-buku motivasi dirasakan sangat perlu untuk kita baca di kala pandemik melanda negara kita ini seperti tiada berkesudahan. Kemurungan selalu dikhabarkan menyerang masyarakat kita sepanjang perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajaan.

 

Oleh yang demikian, dengan membaca buku motivasi insya-Allah diharapkan dapat perlahan-lahan menaikkan semangat kita kembali, tidak mudah bersedih dan tidak berasa keseorangan. Di pasaran sekarang banyak tersedia buku-buku yang berunsurkan motivasi. Tentunya dengan mudah anda dapatkannya secara online.

 

Berkongsi ulasan buku

 

Setelah kita menghabiskan pembacaan sebuah buku, pasti kita akan temui beberapa fakta yang menarik tertulis di dalamnya. Nah, apa kata anda kongsikannya di laman media sosial. Menerusi perkongsian tersebut, secara tidak langsung anda telah menarik ramai orang untuk membaca buku.

 

Bergabung dalam kelab pencinta buku

Bergabung dalam kelab-kelab pencinta buku amatlah digalakkan. Melalui platform ini, kita akan memperolehi banyak maklumat tentang buku-buku yang menarik untuk dibaca serta harga buku yang sesuai dengan bajet kita. Ramai ahli kelab akan berkongsi berkaitan buku dengan anda. 

 

Intihanya, memilih membaca buku sebagai aktiviti sepanjang PKP adalah pilihan yang bijak. Sesiapa sahaja boleh membaca buku, tidak kira usia muda mahupun tua, tidak kira apapun pangkat anda. Jadikan buku sebagai teman, pasti tidak kan sia-sia.

Meirose

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia