PKP: Generasi muda tinggalkan pekerjaan, mulakan perniagaan

“Kajian itu turut menunjukkan pekerja generasi muda lebih berminat menjadi usahawan dengan 82 peratus daripada generasi Z dan 76 peratus responden generasi muda memaklumkan bidang itu memberikan mereka lebih banyak peluang,” kata Randstad dalam kenyataannya.

 

Hasrat tersebut dikongsikan oleh 56 peratus responden berusia 25 hingga 34 tahun berbanding 28 peratus responden antara 55 hingga 67 tahun menerusi kajian yang dijalankan mulai 13 hingga 30 Mac 2020 melibatkan sekurang-kurangnya 400 saiz sampel bagi setiap pasaran.

 

“Hanya 68 peratus daripada mereka yang berusia antara 55 dan 67 tahun berminat untuk menceburi bidang keusahawanan walaupun mempunyai kemampuan kewangan untuk berbuat demikian.”

 

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Malaysia dan Singapura, Jaya Dass berkata mereka berminat untuk memulakan perniagaan sendiri pada usia yang lebih muda berikutan komitmen kewangan yang lebih kecil dan perspektif masa depan yang lebih luas.

 

“Dengan pelbagai kemahiran teknologi oleh generasi muda berikutan perkaitan mereka dengan dunia digital, majikan menghadapi tekanan untuk mencari jalan bagi menarik dan mengekalkan para pekerja ini,” jelasnya.

 

Tambahnya lagi, adalah penting untuk syarikat berada sealiran dengan jangkaan pekerja dan memastikan usaha yang secukupnya dalam memaksimumkan pengalaman positif kepada pekerja.

 

“Majikan boleh memulakan usaha itu dengan mempelajari faktor penjenamaan yang penting dan menarik perhatian generasi muda serta memahami kehendak mereka dalam kerjaya.”

 

Oleh yang demikian, ujarnya majikan perlu membuat perubahan kecil dan berperingkat untuk menarik lebih ramai tenaga kerja dan meningkatkan pengekalan pekerja.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia