PKP: Diteruskan atau tidak?

Sudah hampir sebulan perintah itu dikuatkuasakan kerajaan bagi mengawal penularan wabak COVID-19 ini, namun masih ramai lagi rakyat Malaysia mengingkari arahan itu.

 

Sebenarnya, banyak sisi positif yang boleh kita ambil pengajarannya sepanjang tempoh PKP ini. Antaranya, sering kali ibu bapa sibuk dengan pelbagai tugasan di luar rumah walaupun setelah habis waktu kerja, maka kerana PKP ini, hal itu tidak terjadi lagi.

 

Anak-anak mendapat kembali hak mereka. Dapat bersama di sisi ibu bapa mereka seharian tanpa perlu menarik muka lagi, solat berjemaah bersama keluarga, tentunya dinanti-nanti oleh anak-anak mahupun pasangan serta ahli rumah.

 

Selain itu, setiap kita seakan ditarbiah berdisiplin kembali dengan tatasusila yang sepatutnya. Apa tidaknya, setiap hari melalui proses yang sama tanpa perlu keluar daripada rumah.

 

Bagi mereka yang biasa membeli barangan keperluan dalam tempoh ini, pasti melihat satu suasana adab yang indah yang mana sepatutnya ia dilakukan oleh kita semua. Contohnya, saling bertoleransi ketika hendak masuk ke kedai runcit atau pasar raya pun perlu beratur dan sabar menanti giliran.

 

Sugguh indah jika kita lihat di sisi positifnya. Tetaplah mencari hikmah yang sewajarnya tanpa perlu merungut atau kesal dengan segala yang terjadi ini.

 

Harungilah dengan sebaiknya di samping berusaha mencipta kreativiti untuk keluarga, boleh jadi dengan membaca, memasak, membuat kuih, menjahit dan sebagainya. Rakyat Malaysia memang kreatif sepertimana kata Perdana Menteri baru-baru ini.

 

Dan sebenarnya, ramai rakyat Malaysia sudah mampu menyesuaikan keadaan yang begini. Mungkin cukup 40 hari menetap di rumah, akan rasa selesalah berkeadaan demikian.

 

Penantian itu tentunya akan terjawab hari ini. Apa pun keputusan yang dikeluarkan pihak kerajaan, diharapkan kita semua menerimanya dan sentiasa berusaha menangani wabak ini agar ia tidak terus menular dan dapat dihentikan.

 

Yang penting perlu diingat, tetaplah mencari hikmah-Nya, kenapa segala ini didatangkan kepada kita?

 

Teruslah berdoa memohon keampunan dan berdoalah agar Allah segera mengangkat wabak ini daripada bumi Malaysia dan dunia ini.

 

“Ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami, rahmatilah kami. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.”

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia