KKM sasar vaksinasi 3.2 juta remaja

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mensasarkan 3.2 juta remaja menerima vaksinasi melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Remaja (PICK Remaja) bagi melindungi mereka daripada virus itu.

 

Mereka yang menerima vaksinasi terdiri daripada pelajar berusia 12 hingga 17 tahun untuk pembukaan sesi persekolahan 2022 dengan keutamaan diberikan kepada pelajar Tingkatan 4 dan 5.

 

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, 60 peratus daripada remaja kumpulan umur ini disasar mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin pada November 2021 dan 80 peratus daripada mereka yang layak divaksin mendapat dos lengkap sebelum sekolah dibuka pada sesi 2022.

 

“Trend peningkatan jangkitan Covid-19 di kalangan kanak-kanak dan remaja (0-18 tahun) di Malaysia agak membimbangkan dengan 400,668 kes dicatatkan pada tahun ini (data sehingga 16 September 2021), berbanding 12,620 kes pada 2020.”

 

Daripada jumlah tersebut jelasnya, 252,569 kes melibatkan murid sekolah dan 42,831 kes adalah kanak-kanak pra-sekolah.

 

Tambah beliau, program vaksinasi tersebut telah pun dimulakan di Sarawak pada 8 September lalu, Wilayah Persekutuan Labuan (11 September) dan Sabah (16 September).

 

“PICK Remaja dikelolakan oleh Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF-A) yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan 1, Dato Dr Hj Noor Azmi.”

 

Pada Isnin, Khairy turut berkesempatan menghadiri program ‘kick-off’ PICK Remaja di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (1) antaranya bersama Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin yang seterusnya menandakan permulaan program vaksinasi itu di seluruh negara.

 

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah memberikan kelulusan bersyarat kepada semua kanak-kanak remaja yang telah mencapai umur 12 tahun dan ke atas untuk divaksinasi.

 

“Sehubungan dengan itu, ibu bapa dan penjaga dinasihatkan untuk mendaftarkan anak-anak mereka yang layak menerusi institusi-institusi pendidikan masing-masing dan melalui aplikasi MySejahtera dengan kadar yang segera,” jelasnya.

 

Tambahnya, institusi-institusi pendidikan, perlindungan, pemulihan dan tahanan dikehendaki mendaftar institusi masing-masing melalui portal vaksinanakku.herokuapp.com bagi membolehkan penjadualan vaksinasi dibuat untuk kanak-kanak yang berada di institusi masing-masing oleh Pejabat Kesihatan Daerah.

 

Bagi kanak-kanak di luar institusi, menurutnya, pendaftaran vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera adalah diperlukan.

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia