Hari Wanita: 5 pesanan buat wanita

Jika ada pesanan saya, yang bukanlah siapa-siapa ini, untuk semua wanita yang ada di muka bumi amnya, dan di Malaysia bertuah ini khasnya, saya rasa inilah mungkin pesan saya untuk diri saya sendiri dan yang lainnya.

 

1. Jauhi perbandingan

Membandingkan banyak mengundang bala; rasa orang lain lagi bertuah, lagi kaya, lagi cantik dan lagi sempurna. Bila membandingkan dengan tidak wajar, itulah muncul hasad dengki dalam hati kita.

 

Bila sudah dengki, saya rasa semua tahu dah apa akan jadi akhirnya. Jangan tenggelam dengan membandingkan, baik diri sendiri, baik suami, baik anak-anak atau sesiapa sahaja.

 

2. Meninggikan bukan meruntuhkan

Tinggikan rasa ‘izzah (bangga) dalam diri, bukan bangga yang membanggakan diri tetapi bangga atas segala pencapaian, kejadian malah keberadaan diri sendiri.

 

Biarlah orang lain mukanya yang bagaimana, kita tetap happy dengan wajah sendiri. Biarlah orang lain keretanya ada 13 bersusun aneka warna, kita bangga mengemudi kereta apa yang kita ada.

 

Jangan runtuhkan keyakinan diri hanya kerana kita rasa kita kecil. Sedangkan pokok sebesar pemeluk yang meneduhkan ramai orang juga asalnya hanya sebiji benih kecil yang mata pun terlepas pandang. Paling penting, perempuan jangan menjatuhkan perempuan.

 

3. Meraikan bukan mempersoalkan

Bila ada berita gembira, jemput hati untuk berseronok sama atas kejayaan sesiapa sahaja. Jangan kita yang rasa tidak seronok dengan orang berjaya, kemudian kita bawa mulut sini sana.

 

Ini semua hasad, dengki dan iri yang semacam api, akan membakar diri kita. Rentung nanti, sudahnya jadi hitam macam arang. Didik hati rasa bahagia dengan kebahagiaan orang, mendoakan yang baik untuk orang. 

 

4. Jangan ulang perkara buruk

Kalau adat dan budaya dahulu menyebabkan kita rasa tertindas, ubahlah. Kalau dulu kita rasa sebagai perempuan, kita kena banyak buat kerja dapur, sekarang didik semua anak tanpa kira jantina untuk bantu sama.

 

Kalau dulu kita rasa di tempat kerja kita didiskriminasi, bila kita di atas jangan pula kita mendiskriminasi. Hentikan rantaian keganasan dan keburukan. Ia tidak mudah, langsung tidak mudah tapi kita boleh cuba dan boleh berusaha.

 

5. Bahagialah cara sendiri

Allah jadikan kita sama sekali berbeza. Kita ada minat yang berlainan. Kita suka perkara yang tidak sama. Kita ada bakat yang berbeza. Kenapa mesti rasa tidak bahagia sedangkan kita boleh bahagia dengan cara kita? 

 

Selamat Hari Wanita 2022!
#StopTheBias

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia