Perutusan Presiden sempena Ramadhan 1434 H


السلا م عليكم و ر حمة الله وبر كا ته

Segala puji bagi Allah SWT Pencipta alam semesta, selawat dan salam kepada Rasulullah SAW, kaum keluarga, para sahabat dan para pengikut Baginda sehingga hari kiamat.

Bersempena menyambut bulan Ramadhan yang mulia tahun 1434 Hijrah ini, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) ingin mengucapkan tahniah kepada semua umat Islam yang diberi anugerah umur dan rezeki oleh Allah SWT,  berpeluang menyambut bulan Ramadhan pada kali ini.  Allah SWT telah memakbulkan doa kita semua sehingga berkesempatan berada di dalamnya.

Allah SWT berfirman:

يأيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Hai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang beriman sebelum kamu, agar kamu bertaqwa.”(Al-Baqarah, 2: 183)


Allah SWT berfirman lagi yang bermaksud:

“Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan bukti keterangan dari petunjuk dan pembeza (di antara yang benar dan salah).” (Al-Baqarah: 185)


Rasulullah SAW telah bersabda:

“Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan , selamat datang diucapkan.“ (HR At Thabrani)


Walaupun kita merasa gembira dengan kedatangan bulan mulia ini,  namun kita merasa amat sedih dan bersama merasai kesengsaraan yang ditanggung oleh saudara-saudara Islam kita di seluruh dunia terutama terhadap tragedi terkini yang berlaku di Mesir setelah Presiden yang dipilih rakyat secara sah digulingkan.

Sempena bulan Ramadhan, bulan tarbiah dan perjuangan ini, IKRAM ingin menegaskan beberapa hal berikut:-

1. Menyeru semua kaum muslimin dan muslimat menghayati dan mensyukuri kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini dengan tekad dan azam memperolehi taqwa kerana itulah objektif utama puasa difardhukan.

2. Mengajak seluruh umat Islam agar mempergandakan amalan kebaikan, ketaatan, dan menghulurkan bantuan kebendaan dan doa kepada faqir miskin dan semua mereka yang memerlukan sama ada di Malaysia atau di luar negara, khususnya di negara-negara yang sedang bergolak seperti di Syria, Mesir dan Rohingya.

3. IKRAM juga mengajak semua pihak pemerintah dan ketua di peringkat masing-masing agar bertaqwa kepada Allah SWT, menilai dan meneliti setiap amanah yang diberikan dengan jujur dan ikhlas kerana amanah tersebut akan dipersoalkan oleh Allah apakah ia telah ditunaikan sebaiknya atau tidak.


Bulan Ramadhan adalah ‘Tetamu Agung’ dijadikan Allah SWT untuk kita menyambutnya sebagaimana selayaknya.  Allah SWT menganugerahkan ‘Malam Lailatul Qadar’ untuk umat ini, satu malam menyamai pahala beribadat lebih seribu bulan yang lain.


Semoga rahmat Allah SWT mengiringi kita semua, juga kepada mereka yang berjuang menegakkan ad-Din yang maha suci ini di seluruh dunia.  Percayalah bahawa Islam tetap akan memayungi dunia, menguasainya sekalipun ia dimusuhi dan cahayanya cuba dipadamkan oleh orang-orang kafir.


Allahu Akbar Walillahilhamd.


Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Hj Ahmad

Presiden

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

2 Ramadhan 1434 H

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia