Perutusan Pengerusi IKRAM4Syria (i4S) sempena Eidul Adha 1434H

Tahun ini umat Islam menyambut kedatangan Eid Adha dengan rasa duka dan pilu ke atas penderitaan yang ditanggung oleh umat Islam di merata tempat. Bukan sahaja Palestin yang memerlukan sokongan dan bantuan bahkan kini Syria dan terbaru Mesir juga memerlukan perhatian umat Islam. Keadaan di Syria tidak menunjukkan bahawa peperangan semakin reda.

Bahkan regim Bashar Assad terus meningkatkan serangan dan semakin biadap terhadap penduduk Syria. Mulai pertengahan tahun ini, senjata kimia digunakan ke atas orang-orang awam. Serangan terbesar di Ghutah telah membunuh lebih dari 1,300 penduduk dengan kanak-kanak menjadi sebahagian besar dari mangsa pembunuhan yang amat kejam dan tidak berperi kemanusiaan.

Rakyat Syria yang terbunuh mengikut sumber rasmi ialah sekitar 100,000 orang meskipun bilangan tidak rasmi mungkin sudah mencecah 150,000 orang. Dari bilangan tersebut lebih 7,000 adalah kanak-kanak iaitu dengan nisbah hampir seorang kanak-kanak bagi setiap sepuluh mangsa yang terbunuh syahid. Bilangan rakyat Syria yang kehilangan tempat tinggal samada rumah mereka musnah atau terpaksa lari meninggalkan kediaman masing-masing untuk mencari perlindungan di daerah yang lebih selamat kini sudah mencecah 5.4 juta orang.

Dari jumlah ini, 2.1 juta menjadi pelarian di luar negara Syria dan berlindung di Lubnan, Jordan, Mesir dan Afrika Utara. Bilangan rakyat Syria yang memerlukan bantuan pula sudah mencecah 6.8 juta orang. Bantuan kemanusiaan yang sangat kritikal adalah dianggarkan sebanyak USD3.2 bilion.

Rakyat Syria yang menjadi mengsa kekejaman regim Bashar Assad kini sedang berlindung di dalam khemah. Mereka akan menghadapi musim sejuk sebentar lagi. Keperluan seperti selimut, khemah, sleeping bag, makanan dan ubat-ubatan sangat kritikal. I4S (IKRAM for Syria) telah mengenal pasti projek Rayuan Musim Sejuk sebagai projek utama bagi membantu saudara di Syria menghadapi musim sejuk terutama kanak-kanak.

Untuk memudahkan rakyat Malaysia menyokong projek ini maka pihak urusetia i4S telah mengenal pasti pekej bantuan seperti berikut iaitu selimut (RM50/unit), sleeping bag (RM70/unit), khemah (RM1200/unit) dan gandum (RM200/kampit). Sumbangan ini boleh disalurkan ke akaun Bank Islam 1202-9010 -0635-12 (PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA).

Sempena Hari Raya Qurban ini, kita menyeru umat Islam khususnya supaya menyahut seruan untuk berqurban kepada saudara-saudara kita yang sedang menderita di Syria khususnya. Keadaan mereka begitu terdesak sehingga di beberapa tempat seperti di Qaubun, Daraya, Hama yang dikepung tentera rejim Bashar selama 300 hari terpaksa memakan kucing dan anjing kerana kehabisan makanan sama sekali. Imam setempat terpaksa mengeluarkan fatwa bagi mengharuskan perbuatan ini demi untuk menyelamatkan nyawa.

Kami juga ingin memaklumkan kepada saudara-saudara di Malaysia yang telah memilih untuk melaksanakan ibadah qurban di Syria melalui program QKU (Qurban Kasih Ummah) di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia. Sebanyak 149 ekor kambing telah disumbangkan oleh rakyat Malaysia untuk korban di khemah pelarian rakyat Syria. Jumlah kesemuanya ialah RM96,580. Selain itu melalui projek udhiyyah sebanyak 587 bahagian disumbangkan berjumlah RM220,000 untuk diagihkan ke Syria dan Palestin.

Jangan biarkan saudara-saudara kita di Syria terus ternanti-nanti sumbangan dari kita. Marilah kita tingkatkan kepekaan kita terhadap saudara kita di Syria. Semoga Hari Raya Qurban ini menjadi titik tolak kepada rakyat Malaysia khususnya umat Islam untuk mempertingkatkan sumbangan berterusan kepada rakyat Syria sehinggalah mereka bebas dari kezaliman rejim Bashar Assad, insyaAllah.

Sesungguhnya Allah tetap akan membela umat Islam yang dizalimi. Hanya waktu yang menentukan. Sementara pertolongan Allah itu datang menyelamatkan mereka dari kezaliman tersebut, maka ia menjadi satu ujian kepada umat Islam, sejauh manakah benarnya kita pada ikrar kita iaitu ‘umat Islam itu bersaudara’ (firman Allah) dan ‘Umat Islam itu ibarat satu tubuh, jika sebahagian tubuh merasa sakit maka seluruh tubuh akan merasa sakit dan tidak boleh tidur malam’ (Hadis Nabi SAW).

 

Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor

Pengerusi i4S

10 Zulhijjah 1434H

15 Oktober 2013

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia