Perubahan tarikh Konvensyen Maqasid Syariah 2015: Makluman untuk peserta

Pertukaran tarikh ini terpaksa dilakukan atas permintaan penceramah jemputan utama iaitu Dr Rachid Ghannouchi. Di samping itu, pihak penganjur juga telah menambah seorang lagi penceramah jemputan antarabangsa iaitu Dr Ibrahim Munir, Setiausaha Agung Ikhwan Muslimin Antarabangsa.

Sehubungan dengan pertukaran tarikh ini, mohon perhatian kepada para peserta KMS 2015 mengenai perkara berikut:

TIKET EARLY BIRD
Dengan perubahan tarikh ini, pihak kami dengan sukacitanya memaklumkan bahawa tarikh untuk pendaftaran EARLY BIRD pada 30 September juga ditunda sehingga tengah malam Jumaat, 2 Oktober 2015.

STATUS TIKET
Semua tiket penyertaan yang telah dibeli serta pembayaran telah dibuat adalah SAH untuk digunakan bagi menghadiri KMS 2015 pada tarikh yang baru ini.

TIDAK BOLEH HADIR
Bagi yang tidak dapat hadir disebabkan oleh perubahan tarikh ini, pihak kami memberikan pilihan berikut:

  • Menghantar Wakil

Anda boleh menghantar wakil atau pengganti untuk hadir. Sila berikan maklumat tiket anda kepada wakil tersebut. Maklumat tiket diperlukan untuk pendaftaran pada hari program KMS 2015.

  • Refund (Pengembalian semula wang tiket)

Sila hubungi pihak kami sekiranya anda ingin memulangkan tiket yang telah dibeli untuk menerima semula wang pembelian tiket (refund). Permohonan refund hanya sah jika diterima oleh IKRAM tidak lewat dari satu (1) minggu sebelum tarikh program KMS 2015. Permohonan refund hendaklah dibuat dengan menghantar maklumat anda dan tiket ke e-mel: [email protected].

Sebarang masalah berhubung urusan tiket, sila hubungi:

SEKRETARIAT KONVENSYEN MAQASID SYARIAH 2015

Hotline: 03-8945-6999
Whatsapp: 019-706-8384
E-mel: [email protected]

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
No 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia