Pertandingan Video Pendek Integriti & Antirasuah Kembali!

Pertandingan Video Pendek Integriti & Antirasuah Kembali!

SERI KEMBANGAN – Tahun ini, Pertandingan Video Pendek sempena Kempen Integriti dan Antirasuah (KIAR) 2025 kembali dengan tema “Integriti Dibina, Rasuah Binasa”, mengajak rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan untuk berkongsi kreativiti mereka dalam mempromosikan nilai integriti dan menolak rasuah melalui platform digital.

Pertandingan ini dianjurkan bersama oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Rasuah Busters dan Sinar Harian dengan objektif utama memberi pendedahan, mendidik dan menyedarkan masyarakat tentang kepentingan integriti serta bahaya rasuah. Ia juga bertujuan menggalakkan pembudayaan nilai integriti melalui pendekatan menarik di media sosial.

Menurut Naib Presiden IKRAM, Profesor Dr. Hanim Salleh, pertandingan ini bukan sekadar cabaran kreatif, tetapi medium penyebaran nilai moral yang dekat dengan masyarakat. Beliau menekankan bahawa “Integriti tidak muncul secara spontan tetapi ia mesti dibina, diasuh dan diteladankan.” Jelas beliau, rasuah ialah racun yang mampu merosakkan negara jika dibiarkan.

Dr. Hanim turut menekankan kejayaan penganjuran sebelum ini yang menyaksikan 127 penyertaan bersamaaan lebih kurang 1,000 peserta yang turut merangkumi pelajar, guru sekolah dan mahasiswa IPT. 

“Menariknya pada tahun lepas, sebuah sekolah di Sabah menghantar karya yang melibatkan seluruh pelajarnya. Kami juga menerima video kreatif daripada anggota balai bomba di Melaka yang dihasilkan secara berkumpulan,” tambah beliau. Menurutnya, ini membuktikan semangat menolak rasuah boleh digerakkan dari bawah iaitu oleh rakyat sendiri.

Tahun ini, sasaran pertandingan adalah 400 penyertaan dengan penglibatan lebih 10,000 rakyat Malaysia di seluruh negara. Setiap video perlu dimuat naik di akaun TikTok peserta sendiri bagi memastikan mesej integriti tersebar lebih luas, organik dan autentik. Penyertaan juga dibenarkan menggunakan alat kecerdasan buatan (AI) dan genre video terbuka termasuk animasi, kartun, drama, dokumentari atau sketsa.

Jumlah hadiah keseluruhan adalah RM17,000, dengan hadiah tempat pertama RM1,500 setiap kategori, manakala video dengan tontonan tertinggi bakal memenangi RM1,000. Majlis penyampaian hadiah dijadualkan berlangsung sempena Karnival HARA pada Disember 2025.

Dr. Hanim menyeru seluruh rakyat Malaysia  dari pelajar, penjawat awam, ibu bapa, hingga golongan profesional untuk menjadikan integriti sebagai prinsip hidup. Ujarnya, “Setiap video bukan sekadar karya, tetapi suara rakyat menentang rasuah. Apabila integriti dibina, rakyat menjadi kuat. Apabila rasuah dibiarkan berleluasa, negara akan binasa.”

Pertandingan ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia secara individu atau berkumpulan, dan penyertaan adalah percuma. Tarikh tutup penyertaan ialah 30 November 2025, 11.59 malam. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, peserta boleh menghubungi En Naim di 017-2596330 atau En Ian di 011-53606025. 

Maklumat lanjut: Pertandingan Video Pendek 2025

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia