Pertama kali masuk masjid

Konvensyen anjuran Masjid Sharifah Fatimah dengan kerjasama Lembaga Zakat Negeri Kedah, Hidayah Centre Foundation (HCF), PERKIM dan ABIM telah dirasmikan Timbalan Menteri Kewangan merangkap Ahli Parlimen Kubang Pasu, YB Dato’ Ir Haji Amiruddin Hamzah. Presiden MACMA, Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin turut hadir sebagai tetamu jemputan.

“Apa yang menariknya, pihak masjid bukan sahaja meraikan golongan Muslim asnaf, malah turut meraikan komuniti bukan Islam yang termasuk dalam kategori sama untuk diberikan sumbangan bantuan persekolahan bagi anak-anak mereka,” ujar urus setia program.

Program yang telah memasuki tahun ketiga penganjurannya ini adalah sebagai masjid contoh dalam negeri Kedah kerana menjalankan program seumpama ini.

“Seramai 300 orang komuniti bukan Islam dan lebih 500 orang jumlah kehadiran keseluruhannya termasuk anak kariah telah menerima bantuan persekolahan.”

Menurutnya, secara keseluruhannya program ini mendapat respons yang sangat baik daripada semua termasuk komuniti bukan Islam kerana ada yang pertama kali mendapat bantuan sumbangan daripada pihak masjid dan pertama kali juga berpeluang memasuki ruangan masjid.

“Ternyata program ini secara tidak langsung telah berjaya meningkatkan fungsi atau peranan masjid dalam menjaga kesejahteraan dan keharmonian antara kaum dalam kariahnya,” ujarnya lagi.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa program ini adalah Forum Bertajuk “Mengapa Kami Memeuk Islam?” yang diadakan pada 24 Disember malam dan hari berikutnya diteruskan dengan aktiviti Sumbangan Back to School kepada golongan asnaf, mualaf dan bukan Islam yang memerlukan.

Turut diadakan Mosque Tour, Street Soccer Harmoni, Kenduri Perpaduan Kaum, Kelas Pengenalan Bahasa Jepun, Pameran Kebudayaan Cina Muslim oleh MACMA, Potong Rambut Percuma, Pameriksaan Kesihatan dan Gigi Percuma, Derma Darah, Pameran oleh Kolej Komuniti dan Persembahan Nasyid.

Lagi foto program: https://bit.ly/2SK52AU

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia